Thu. Sep 29th, 2022

Jabatan Pendidikan Memberi Respon Isu Guru Buat Live TikTok Waktu Mengajar

VIRAL guru buat live TikTok waktu mengajar, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) tidak menghalang guru-guru untuk menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran.

Pengarah JPNS, Datuk Md Fiah Md Jamin berkata, bagaimanapun guru-guru dilarang mengambil video pelajar.

“Kalau itu boleh dijadikan medium untuk pemahaman anak-anak dan menaikkan semangat mereka untuk belajar serta berada dalam keadaan terkawal dan beradab, saya rasa tiada masalah.

“JPNS tidak menghalang selagi ia tidak menjadi satu kesalahan undang-undang asalkan tidak mengambil video pelajar,” katanya ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa Guru Pewaris Negara Bersama Pemimpin Pendidikan diadakan di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini JPNS tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa yang kurang senang dengan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, semua guru-guru diingatkan supaya tidak keterlaluan dalam menggunakan aplikasi tersebut.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pihaknya menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka.

Sementara itu ditanya berkenaan tiada lagi sesi penggiliran di sekolah bermula 17 April ini, Md Fiah berkata, pihak sekolah dan guru-guru diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelakkan penularan kes Covid-19.

Jelas beliau, jangan kerana negara yang kini memasuki Fasa Peralihan Endemik menyebabkan ada yang leka untuk terus berhati-hati terutama bagi pelajar yang tinggal di asrama.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!