Thu. Sep 29th, 2022

Manusia ‘Tidak Berkepala’ Ditemui Dalam Google Maps, Merayau Bawa Kapak Dan Nota ‘Misteri’

PENGGUNA aplikasi peta, Google Maps dilaporkan menemui imej misteri yang kelihatan seperti manusia memakai sut perlindungan diri namun tanpa kepala dan seluruh anggota badan seperti halimunan.

Memetik Daily Star, imej tersebut yang dilihat berdiri ditengah jalan dikesan menggunakan peta Google di kawasan Limbungan Tentera Laut Brooklyn, Bandar Raya New York.

Bagaimanapun, menurut laporan gambar tersebut dirakam pada Mei 2021 lalu, namun baru sahaja dikesan oleh pengguna Google Maps baru-baru ini.

Ia seperti seronok bermain

Seperti yang ditunjukkan oleh Daily Star ini, identiti tersebut seperti sedang berseronok bermain di sekitar kawasan tersebut. Dalam imej lain menunjukkan identiti misteri itu sedang bersandar pada sebatang pokok walaupun tangan dan kakinya tidak kelihatan.

Identiti itu kelihatan seperti memakai sut hazmat tetapi imej-imej ini dirakam di kawasan perlombongan mungkin juga sut ini adalah untuk melindungi diri daripada kecederaan.

Identiti ‘misteri’ itu siap bawa nota

Min juga cuba mengesan ‘manusia halimunan’ tersebut di jalan yang sama melalui Google Maps. Apa yang mengejutkan, ia seperti mengekori kita dengan membawa nota bertulis. Paling misteri, hanya di lorong tersebut sahaja ‘manusia tanpa kepala’ ini berjaya ditemui.

Bukan itu sahaja, jika anda cuba untuk mencari identiti tersebut, anda akan berdepan dengan situasi yang menyeramkan di mana ‘orang’ tersebut seperti membawa kapak dan nota tertulis ‘Rare Earth’.

Namun, sehingga kini tiada petunjuk mengenai kejadian tersebut. Selain itu, sebarang butiran mengenai identiti sebenar manusia ini juga tidak ditemui.

Sumber: Google Maps, Daily Star

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!