Tue. Oct 4th, 2022

Viral CCTV Tunjuk Pelanggan Wanita Tak Puasa, Staff Restoran ‘Fast Food’ Mohon Maaf

BARU-BARU ini viral sebuah video tiga orang wanita sedang menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, ketiga-tiga individu tersebut memilih untuk duduk di meja makan yang berada di sudut belakang restoran dan tidak dapat dilihat secara jelas.

Rakaman CCTV itu dipercayai dikongsikan salah seorang pekerja restoran berkenaan di TikTok dengan tujuan untuk menegur kumpulan wanita terbabit.

“Kepada tiga orang kakak yang pakai tudung tadi, datang order nugget nine pieces, cheezy fries, air mineral dan ice lemon tea, kemudian duduk makan kat situ (restoran)

“Nak tanya, tiada rasa serba salah dengan pelanggan lain yang puasa?” tulis individu yang berkongsi video berdurasi 14 saat tersebut.

Namun perkongsiannya itu mengundang perbalahan warganet dan rata-ratanya menyifatkan individu terbabit tidak sensitif dengan golongan yang diharuskan berbuka puasa seperti wanita hamil.

Susulan kecaman hebat netizen, dia kemudiannya memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf selain mengaku salah kerana merakam visual pelanggan tanpa izin melalui CCTV.

Bagaimanapun video berkenaan dikongsikan semula di ruangan Twitter oleh individu bernama Amyra.

“Ada staf restoran makanan segera post rakaman CCTV tunjuk tiga orang perempuan tidak puasa. Mana tahu (mungkin) mereka mengandung atau sakit,” ciapnya ringkas.

Tangkap layar bersama kapsyen itu menyebabkan warganet mengemukakan ‘hujah’ masing-masing sehingga ia diulang kicau lebih 15,000 pelayar dan kira-kira 15,000 tanda suka.

Ada yang mempertahankan tindakan sekumpulan wanita itu makan dan minum di tempat terbuka kerana uzur mahupun hamil, ada pula yang memandangnya daripada sudut berbeza.

Kata mereka golongan yang uzur sepatutnya menjamah makanan di rumah terlebih dahulu sebelum keluar bekerja.

“No issues bagi orang yang tidak wajib berpuasa untuk makan di kedai. Tidak menjadi satu kesalahan dan tidak juga boleh dikategorikan sebagai tidak menghormati Ramadan. Tapi tahu tak siapa yang tidak menghormati Ramadan? Orang yang menyebarkan rakaman CCTV ni.

“Kalau sedang puasa, jangan masuk warung atau restoran dan jauhkan pandangan mata daripada food court. Kebanyakan orang tak boleh puasa pun dah cuba elak daripada makan di khalayak. Jangan pula orang yang berpuasa sibuk nak cari dan malukan orang yang tak boleh berpuasa.

“Ada video suami tengah teman isteri sarat mengandung makan dekat pusat beli-belah sebab isteri dia tak puasa, mungkin pergi mall nak cari barang keperluan anak.

“Dia makan dalam kedai, apa kaitannya dengan orang lain yang puasa? Orang puasa bukan masuk dalam kedai tu pun. Ini la masalah kawan-kawan yang period lepas tu nak makan pun tak boleh, tapi kena kerja, kalau tak makan gastrik tapi nak makan pun tak boleh,” luah netizen.

Sementara itu, sekumpulan netizen lelaki mengemukakan pandangan mereka dan meminta golongan wanita untuk lebih peka dengan keadaan semasa.

“Dekat rumah tak boleh makan siap-siap? Eh lupa… perempuan sentiasa betul. Itu konsep yang harus diguna pakai.

“Tapi bukankah kalau mereka yang tidak boleh berpuasa, tidak dibenarkan makan di tempat terbuka? Bukan untuk menghormati orang puasa tetapi menghormati bulan Ramadan.

“Kalau boleh sebelum keluar tu makan la. Kalau tak sempat kenapa tak makan di surau? Kalau semasa PKP tak boleh masuk surau, lain kali bawa chocolate bar makan… suap semua dalam mulut sebab kecil kemudian tutup mulut dengan mask.

“Seeloknya kalau boleh makan kat tempat yang tiada orang nampak kan lebih manis… lebih menghormati, bukan dengki cuma ia adalah common sense,” luah beberapa netizen lelaki.

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman sesawangnya pernah menjelaskan permasalahan berkaitan makan secara terbuka dalam bulan Ramadan.

Mengemukakan empat hadis, kenyataan itu kemudian menyimpulkan bahawa, hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadan adalah harus.

“Lebih afdhal ia dilakukan di tempat yang sunyi daripada penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri daripada fitnah serta menyelamatkan orang ramai daripada sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa,” jelasnya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

error: Haipp!!!