Tue. Oct 4th, 2022

Pelanggan Dimalukan Di Facebook Selepas Gagal Membayar Bil Makanan

Sebuah restoran Muse di Yarm, Teesside mengenakan bil makanan berjumlah 150 paun kepada satu pasangan tetapi dikhabarkan mereka bangun meninggalkan restoran tanpa membayar. Tindakan itu yang dirakam oleh kamera litar bertutup (CCTV) telah dikongsikan ke laman Facebook restoran tersebut.

Dua orang pelanggan yang dikenakan caj makanan mahal di sebuah restoran bertaraf Michelin bertindak untuk meninggalkan restoran tanpa membayar kemudiannya dipanggil oleh pemilik restoran.

Satu hidangan besar di Muse, Yarm, Teesside, didatangkan dengan harga 150 paun tetapi sepasang pelanggan dikatakan telah bangun tanpa membayar makanan yang telah dipesan.

Tindakan yang tidak berakhlak itu dikongsikan ke laman facebook restoran pada Jumaat pagi dan diberikan amaran untuk menjelaskan bayaran sehingga esok sebelum laporan polis akan dibuat.

Mereka ‘menikmati’ hidangan sekitar 8.25 malam semalam, menurut satu hantaran yang bertajuk “BANTUAN DIPERLUKAN”.

Kata pemilik restoran “boleh tak dua orang pelanggan yang makan tanpa bayar berjumlah 150 paun itu pada 8.25 malam hari Khamis 19 Mei untuk hubungi kami”.

“Kami hanya mahukan bayaran makanan dijelaskan supaya kami tidak perlu mengambil tindakan lanjut”

“Kami tidak mahu membuat sebarang kekecohan jadi tolong hubungi kami di 01642 788558”.

“Jika ada sesiapa yang mengenali mereka tolong gesakan supaya berhubung dengan kami untuk menjelaskan bil”.

“Sekiranya kami tidak menerima bayaran pada Sabtu 12 tengah hari kami akan memaklumkan kepada pihak polis”.

Hantaran Facebook itu telah menarik lebih dari 290 kongsian kurang dari 12 jam, dengan satu komen melabelkan insiden sebagai “mengejutkan”.

Untuk kekal dengan berita-berita terbaru , pastikan anda melanggan dengan salah satu daripada nawala (newsletters) kami.

Seorang lagi menambah: “Saya telah kongsikan dengan harapan mereka akan membayar!! Ia hanya membuatkan perniagaan bertambah buruk!”

Muse adalah sebuah restoran bertaraf bintang Michelin yang dibuka untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Kedai makan di Yarm memiliki lesen perniagaan untuk beroperasi di ruang jalanan.

error: Haipp!!!