Thu. Sep 29th, 2022

Cara Isteri Buat Bekal Makanan Suami Ke Tempat Kerja Curi Perhatian Netizen

PERKONGSIAN seorang wanita bernama Zharra ini mengenai cara bungkus makanan suami sebelum ke tempat kerja mencuri perhatian netizen di laman sosial.

Namun ada juga netizen yang kurang senang dan mengecam suaminya yang dianggap malu dengan rakan sekerja kerana membawa bekal ke pejabat.

Zharra atau nama sebenar Zahratulnur, 29, berkata, dia tidak berkecil hati dengan permintaan suaminya itu.

“Saya memang dah ada kertas lunch box itu, jadi saya gunakanlah.

“Saya nak dia tetap bawa bekal. Walaupun tak kisah dalam bekas tapau atau dalam kertas. Asalkan dia bawa makanan yang saya masak itu,” katanya.

Sementara itu, suaminya Faisal Hamzani, 29, berkata, dia tidak pernah malu sebaliknya bersyukur disediakan makanan setiap kali ke pejabat.

“Takde istilah malu sebab memang tak malu. Kalau tengok situasi, harga barang semua naik. Pagi-pagi standby bawa bekal je… duit pun jimat.

“Saya berterima kasih dan bersyukur sangat kami diberi kesempatan untuk duduk bersama.

“Setiap kali saya buka makanan, saya akan tangkap gambar dan hantar kepada wife. Saya cakap terima kasih sayang,” kongsinya

Komen Netizen

Korang pun pergi kerja bawa bekal ke? Malu ke tak malu? Kongsikan diruangan komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain. Terima kasih banyak!

error: Haipp!!!