Thu. Sep 29th, 2022

Guru Disiplin Potong Rambut Murid Pengawas Sampai Bertobek, Ibu Minta Kembalikan Semangat Dan Maruah Anaknya Dihormati

KECOH beberapa hari lalu di media sosial mengenai pandangan dari seorang individu yang mempertikaikan tindakan guru sekolah menggunting ‘ala kadar’ rambut pelajar sebagai hukuman kerana rambut mereka dibiarkan panjang.

Menurut individu berkenaan, ‘tradisi’ tersebut perlu diubah mengikut peredaran zaman ketika ini, malah dia mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh guru jika berdepan dengan situasi sedemikian, antaranya memanggil tukang gunting rambut ke sekolah.

Namun, pendapat individu tersebut disanggah pelbagai pihak sama ada golongan guru mahupun ibu bapa kerana menyifatkan cadangannya seolah-olah ‘memanjakan’ pelajar yang bersalah.

Belum reda isu tersebut, seorang wanita pula menjadi mangsa kecaman terbaharu apabila dia tampil meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah kerana menggunting rambut anak lelakinya.

“Mungkin posting saya ini akan ada yang mengecam, mungkin juga ada yang boleh faham dan selami keadaan saya. Sebelum ini dia anak yang ceria, menjaga adab, rajin tolong buat kerja rumah.

“Dia seorang pengawas, selalu jadi imam dan pengacara majlis di sekolah. Murid yang berdisiplin, ikut peraturan sekolah. Juga seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya,” kongsi wanita berkenaan.

Bagaimanapun menurut wanita tersebut, anak lelakinya berubah perwatakan hampir 100 peratus disebabkan satu kejadian yang berlaku di sekolah, pada minggu lalu.

“Sejak kejadian Jumaat lepas, dia jadi kemurungan, rasa down sehingga tidak mahu keluar bilik, tak mahu makan… hanya baring sahaja tutup muka dan kepala atas tilam. Dia cuma bangun mandi dan baring semula.

“Punca hanya satu, cikgu disiplin telah memotong rambut dia bertobek-tobek sehingga hanya boleh dibotakkan sahaja untuk baiki tobek di kepalanya… tanpa memberi amaran.

“Hanya dia seorang saja yang kena potong rambut depan pelajar lain di sekolah waktu tu. Rambut dia dari dahulu start sekolah macam ni. Tak ada isu rambut panjang. Dia selalu ajak saya pergi kedai gunting rambut jika rambut dia panjang,” ceritanya.

Wanita tersebut turut memuat naik gambar anak lelakinya dengan gaya rambut yang sebelum dipotong, sebagai bukti.

Tambah wanita tersebut, disebabkan terlalu malu, anak lelakinya menyembunyikan diri di dalam tandas sebelum membuat keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.

“Dia balik rumah, saya tanya ‘kenapa balik?’. Dia hanya tutup muka, menangis tanpa ada suara. Saya senditi tidak jangka dia akan rasa down sehingga begini rupa.

“Apa yang perlu saya lakukan untuk cari semula semangat dia yang hilang. Pada Muhammad Faris, ibu rindukan anak ibu yang dahulu.

“Kepada cikgu disiplin yang bertanggungjawab memotong rambut anak saya, andai boleh bagi semula semangat anak saya yang hilang. Please, pulangkan semula.

“Andai boleh beri semula maruah dia sebagai pengawas yang dihormati di sekolah, tolong kembalikan semula,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut terlalu terikut dengan emosi dan hanya melihat salah guru dan sekolah semata-mata.

“Overprotective tak membantu. Anak mungkin berjiwa lemah, sentimental disebabkan peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik perasaan anak-anak. Majoriti ibu bapa akan kata anak-anaknya yang terbaik, sering diberikan pujian, jadi jiwa anak jadi lemah.

“Kuatkan semangat dia balik. Tu benda yang kecil je, compare yang dia perlu hadap di masa hadapan. Potong sajalah balik bagi cantik.

“Buku peraturan dan disiplin sekolah tu beli saja-saja ke? Tapi tak baca, apatah lagi dihadamkan,” demikian antara komen netizen.

error: Haipp!!!