Tue. Oct 4th, 2022

“kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu”, Wanita Jawab Tuduhan Tidak Berasas Guna Duit Asif Beli Kereta Mewah

BINTANG YouTube Asif Suhaimi ni siapa saja yang tidak kenal? Manakan tidak, gelagatnya yang spontan dan lucu itu mampu membuat penonton terhibur.

Baru-baru ini kakak Asif yang dikenali sebagai Nurul Atina Suhaimi menjadi bualan ramai apabila dituduh menggunakan duit remaja istimewa itu.

Kesal dengan tuduhan tidak berasas, dia yang juga merupakan usahawan tudung tampil menafikan segala dakwaan yang mengatakan dia menggunakan duit adiknya untuk membeli kereta mewah dan menumpang populariti pelakon Drama Spontan arahan Syahmi Sazli itu.

“Duit aku pun tak habis makan, tak ada makna aku nak tumpang duit adik aku.” katanya

Atina Suhaimi juga menyifatkan bahawa individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya dengan rapat.

“Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu.”

“Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku,” ujarnya yang kini memakai kenderaan berjenama BMW berwarna putih

Dia juga akui setiap kata-kata hinaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh netizen sangat mengguris hatinya dan dia juga bertindak untuk menyekat individu yang meninggalkan komen-komen negatif kepada dirinya.

“Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Atina mengabaikan segala komen buruk dan tuduhan yang diberikan oleh netizen malah menyifatkan bahawa ramai diantara manusia yang busuk hati dan tak mampu melihat orang lain bahagia atau dengki dengan kesenangan orang lain.

Komen Netizen

@atina_suhaimi blok terus manusia macam ni😎#fypシ #fyp #usahasendiri #tinabeautycoffee #tinaarenabeauty #fyppppppppppppppppppppppp #viral ♬ Gomy Gomy Gomy – Iconicfatma

error: Haipp!!!