Wed. Oct 5th, 2022

Netizen Persoal Kenapa Tak Guna Sabun Keluarkan Jari Budak Tersepit Dalam Corong, Ini Jawapan Bomba

KETIKA fasa anak membesar, ada sahaja yang hendak dilakukan oleh mereka dan terkadang tidak tercapai dek akal ibu ayah.

Bukannya satu perkara baharu yang sering kita dengar di media sosial, ada yang tersangkut kepala di kerusi, tangan tersangkut dalam botol, kepala tersangkut dalam kon dan banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana jari seorang budak lelaki tersangkut di dalam sebuah corong mencuri perhatian ramai.

Jika dilihat semula, entah bagaimana ianya boleh tersangkut malah situasi tersebut memerlukan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba & Penyelamat.

@_alepp_steady dik ! 🫡

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan seorang bomba iaitu @aleppp_, kelihatan budak lelaki tersebut menahan kesakitan apabila jarinya tersangkut di dalam corong.

Beberapa orang bomba datang dan bertindak untuk memotong corong menggunakan peralatan khas yang sedia ada.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai ‘geram’ adalah apabila budak lelaki tersebut mengeluarkan suaranya yang kecil dan sangat comel.

Dalam masa yang sama netizen simpati melihat keadaan tangannya yang luka gara-gara tersepit di dalam corong.

Menjawab persoalan netizen, penyelamat ini memaklumkan pihak mereka tidak menggunakan sabun untuk mengeluarkan jarinya atas beberapa sebab dan diantaranya adalah jari sudah terkepit bahkan akan membuatkan jari budak lelaki ini terkoyak jika ditarik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana jari budak tersebut boleh tersepit malah sempat berpesan agar lebih memantau anak yang sedang membesar kerana ada kelakuan mereka yang diluar jangkauan penjaga.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berterima kasih kepada penyelamat yang datang membantu budak lelaki tersebut dan bersyukur tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya:

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda di Channel Telegram

error: Haipp!!!