Thu. Sep 29th, 2022

Tersangkut Pada Sangkar Harimau, Lelaki Panik Nak Keluarkan Tangan Bikin Netizen Terhibur

SEJAK akhir ini banyak kes melibatkan kecederaan melibatkan pengunjung oleh kerana memasukkan anggota badan ke dalam sangkar haiwan.

Baru-baru ini, seorang lelaki putus jari apabila cuba mengacah singa kerana ingin mengagumkan orang ramai bahkan beberapa hari lepas tular pula seorang lelaki ditarik Orang Utan dan hampir digigit kerana memasukki kawasan ‘No Entry’ itu.

Sama juga seperti kisah yang viral baru-baru ini dimana jari seorang lelaki ini hampir putus setelah memasukkan tangan ke dalam kandang harimau mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh UtusanTv di TikTok, kita dapat lihat seorang lelaki di Pakistan panik selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau.

@utusantvofficial Reply to @startinkerbell . Kalau gini cuak dak 🤣🤣🤣. Kejadian di Pakistan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Pada awalnya, dia dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.

Malah dia juga teragak-agak untuk memasukkan tangannya namun tetap memberanikan diri menyentuh haiwan berkenaan.

Namun situasi bertukar menjadi cemas apabila tangannya tersangkut pada sangkar harimau dan riak wajahnya juga berubah seperti sedang takut.

Bagaimanapun, mujur harimau di dalam sangkar itu hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ bahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan lelaki tersebut seolah-olah mencari penyakit apabila cuba memasukkan tangan ke kandang harimau.

“Nasib pak belang tengah tak ada mood nak makan” -Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh pasti lelaki itu serik dan trauma dengan kejadian tersebut.

Antara komen warga maya:

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda di Channel Telegram

error: Haipp!!!