Thu. Sep 29th, 2022

Pengawal Keselamatan Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Tindakan Majikan Raih Pujian

TANGGUNGJAWAB menjaga dan membesarkan anak ketika sedang bekerja bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu bapa.

Malah ada terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah pada awal pagi untuk tuntutan bekerja demi menyara anak-anak.

Sehinggakan pada waktu petang baru bersua muka kembali dengan anak-anak tersayang. Masa yang ada untuk anak-anak kecil ini terlalu singkat.

Persis seperti kisah yang dikongsikan oleh @cbuklaawkni76 di Tiktok di mana video rakaman CCTV yang dimuat naiknya memaparkan seorang pengawal keselamatan membawa bersama anak perempuannya ke tempat kerja.

@cbuklaawkni76 Asalamualaikum… #fypシ ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Video berdurasi seminit satu saat itu berbaur sebak apabila melihat kegigihan seorang bapa yang menggalas dua tanggungjawab dalam satu masa.

Walaupun baru seminggu bekerja, pemilik video ini yang juga majikan kepada pengawal keselamatan itu akui, dia menyanjungi sifat tanggungjawab pekerjanya itu.

Malah, dia sempat memuji kecomelan anak kecil pekerjanya itu yang tidak banyak kerenah dan baik ketika diselimutkan dengan vest pengawal keselamatan oleh bapanya.

Kini, video yang meraih tumpuan ramai itu berjaya mengumpul tontonan sebanyak 851.5 ribu serta mendapat 72.3 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji dan berterima kasih kepada si majikan kerana membenarkan pekerjanya membawa anak ke tempat kerja.

Selain itu, mereka berpendapat kini tidak ramai majikan yang faham dengan keadaan mahupun masalah yang didahapi oleh pekerja mereka.

Dalam pada masa yang sama, netizen sebak melihat anak beranak itu kerana sesetengah daripada mereka pernah mengalami situasi yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda di Channel Telegram

error: Haipp!!!