Tue. Oct 4th, 2022

Penganjur Mengadakan Joget ‘Cucuk Langit’ Sebagai Penutup Majlis Tilawah Undang Kecaman Ramai

MAJLIS keagamaan adalah suatu program yang dianggap suci, lagi-lagi jika melibatkan program tilawah Al-Quran. Seperti yang kita tahu, selalunya akan dibacakan doa pada awal dan juga penutup majlis bagi memberkati lagi majlis dan suasana.

Pun begitu, lain pula kejadian yang berlaku di negara seberang ini dimana penganjur mengadakan joget cucuk langit sebagai penutup majlis mengundang kecaman ramai terutamanya bagi orang muslim.

Video penutupan majlis tilawah itu telah viral di media sosial dan salah seorang pengguna Facebook, Abduh Nursalam telah muat naik video tersebut di laman Facebooknya.

@belikerot Wahhh… Rancak berdosa… 🤦#beranda #fypシ゚viral #TikTokSiCencorot #fyp #beritatiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – Si Cencorot

“Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran. Semua berkopiah bertudung. Program baca Al-Quran, tapi ditutup dengan lagu Bara Bara Bere Bere.”

“Umat makin tenat…Bala kalau turun, semua akan kena. Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat”

“Semoga Allah sentiasa beri kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengatakan benar jika ia sebuah kebenaran. Salah jika ia sebuah kesalahan. Ya Allah, berikan kami dan mereka hidayah-MU”

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecewa dan sedih melihat program suci itu diakhiri dengan penutup lagu cucuk langit sebegitu.

Malah netizen juga hairan dengan penganjur yang seolah-olah tidak dikurniakan akal fikiran sekaligus mencemarkan nama baik agama.

Antara komen netizen:

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda di Channel Telegram

error: Haipp!!!