Wed. Nov 30th, 2022

Semangat Setia Kawan, Tanah Perkuburan Sesak Iringi Remaja Nahas Kemalangan Motosikal

Salah seorang penunggang motosikal yang dilaporkan maut selepas didakwa terlibat dalam perlumbaan haram telah pun selamat dikebumikan semalam.

Kemalangan yang melibatkan sekumpulan penunggang motosikal lain itu berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown, Pulau Pinang awal pagi Ahad dan telah tular di media sosial.

Difahamkan empat penunggang itu disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah apabila berlanggar sesama sendiri ketika kemalangan.

Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Iqmal Hakim yang juga dipercayai rakan mereka telah memuat naik video di tanah perkuburan tempat jenazah salah seorang daripada penunggang motosikal maut dalam kemalangan tersebut dikebumikan.

Menerusi posting yang dibuat Iqmal, dia telah mengucapkan terima kasih kepada rakannya itu yang pernah meninggalkannya kenangan sepanjang mereka berkenalan.

@yourfriend__.__ Alfatihah juga untuk arwah baby,haikal,kecik dan kembaq abang🤲🏻 kembaq adik semoga cepat sembuh mcm sediakalan amin🤲🏻 #fypシ #alfatihahbuatmu ♬ Bila Waktu Tlah Berakhir – Opick

Tidak lupa juga dia turut mendoakan agar rakan-rakan lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu dan masih berada di hospital segera sembuh dari kecederaan yang dialami.

Video itu telah mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata terharu melihat kehdiran ramai rakan-rakan mereka yang hadir menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

“Selalu perasan budak-budak rempit kalau meninggal dekat hospital penuh kawan-kawan dia sampai ke kubur ramai…kalau bab setia kawan memang bagus,” komen salah seorang netizen.

“Mesti dia orang baik kan, ramai yang mengiringi dia,” kata salah seorang warga maya.

“Harap-harap kawan yang hadir ni insaflah, janga Pula malam pergi sambung berlumba,” nasihat salah seorang warga net.

error: Haipp!!!