Wed. Oct 5th, 2022

Gempa Bumi 5.8 Magnitud Gegar Selatan Sumatera Pagi Tadi

GEMPA bumi berukuran 5.8 magnitud melanda Selatan Sumatera di Indonesia, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) pada hari Rabu bersamaan 20 Julai.

Gempa itu berada di kedalaman 60 kilometer, kata EMSC lagi.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata gegaran gempa bumi itu lebih kuat berdekatan Bandar Bengkulu, Kepahiang dan Utara Bengkulu.

Kedudukan Indonesia yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan yang mana aktiviti seismik berlaku aktif dan terletak di atas beberapa plat tektonik.

Sumber:CNA NEWS

error: Haipp!!!