Mon. Dec 5th, 2022

Netizen Terhibur ‘Budak Bedak Sejuk’ Dengan Shuib, “Terus Hilang Stress”

SIAPA tidak kenal dengan influencer TikTok terkini, Ryan Bakery yang terkenal dengan drama ‘budak bedak sejuk’. Dia menjadikan situasi zaman kanak-kanak sebagai content membuatkan ramai yang boleh relate. Macam imbau kenangan diri sendiri pulak!

Terbaru, Ryan tampil bergandingan dengan pelawak Shuib bagi mempromosikan Chocobee Series Bubblebee. Dalam klip pendek itu, Ryan membawa watak ‘budak bedak sejuk’ duduk di luar pintu kedai sambil buat muka kesian.

Shuib pula membawa watak sebagai pelanggan yang mahu membeli minuman di situ. Paling tak boleh blah, ‘budak bedak sejuk’ itu ikut ke kaunter pesanan terkelip-kelip seolah-olah meraih simpati.

Baca Juga: ‘Sultan Pemurah’ Habis Dekat RM30K, Ryan Bakery Terharu Rezeki Untuk Duit Kahwin

Baca Juga: Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Betulkah ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok Sebenarnya Aeril Zafrel?

Baca Juga: “Awak semua baik sangat dengan saya”- Ryan Bakery Terharu Konten Disukai Ramai

@shuibsepahtu @BubbleBee #BubbleBeeEcoMajesticSemenyih #fyp ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Lebih menghiburkan apabila minuman dirampas kanak-kanak itu selepas Shuib memberi peluang untuk rasa sedikit.

Walaupun tanpa sebarang dialog, rata-rata daripada netizen terhibur melihat ‘drama’ itu. Pendek kata, tengok mimik muka pun orang dah boleh gelak.

Setakat ini video perkongsian Shuib telah meraih lebih 5 juta tontonan selepas 16 jam dimuat naik.

Bagi yang tak kenal Ryan Bakery tu, bolehlah tonton videonya di TikTok. Memang kelakar habis!

Kredit: TikTok Shuib Sepahtu

error: Haipp!!!