Fri. Sep 30th, 2022

“Awak semua baik sangat dengan saya”- Ryan Bakery Terharu Konten Disukai Ramai

CONTENT creator bernama Ryan Bakery sejak kebelakangan ini sedang rancak dibualkan. Dengan konten-konten ‘nostalgia’ tentang kehidupan seharian sewaktu diusia kanak-kanak dan remaja, pemuda berkenaan berjaya mengumpul pengikut yang tersendiri.

Pencapaian terbaru yang berjaya diraih adalah dipanggil ke program Meletop dan terus mendapat pujian daripada ramai orang termasuklah para pengacara serta deretan selebriti.

 

Baca Juga: Netizen Terhibur ‘Budak Bedak Sejuk’ Dengan Shuib, “Terus Hilang Stress”

Baca Juga: ‘Sultan Pemurah’ Habis Dekat RM30K, Ryan Bakery Terharu Rezeki Untuk Duit Kahwin

Baca Juga: Pandu Lamborghini Dan Tidak Berkira, Betulkah ‘Sultan Pemurah’ Di TikTok Sebenarnya Aeril Zafrel?

Terharu sangat ramai yang sokong

Menjengah ke ruangan Insta Story milik Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 dia telah menzahirkan rasa terharu dengan sokongan para peminat lebih-lebih lagi selepas diundang ke kaca televisyen.

Buat hal juga di Meletop

Perkongsian tersebut dibuat selepas kemunculannya di program Meletop malam tadi dan mendapat pujian daripada pengacaranya Nabil Ahmad serta Sherry Alhadad.

Pemuda berusia 27 tahun itu turut berkesempatan membuat video parodi ‘nostalgia’ di studio Meletop dan membuatkan ramai terhibur dengan reaksi bersahajanya.

@mymeletop Ni nak sedih ke nak gelak pun min tak tahu lah. 😂 #MeleTOP #ryanbakery #themaids #budakbedak #sherryalhadad ♬ original sound – MeleTOP

Ryan Bakery baru-baru ini telah menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia setelah video bersama Shuib Sepahtu menerima respon positif daripada warganet.

Selepas itu, dia yang aktif di aplikasi Tiktok telah menerima gift bernilai ribuan ringgit dari satu akaun TikTok yang merahsiakan identitinya.

Konten pemuda terbabit sememangnya digemari ramai kerana menonjolkan kisah seharian kita sewaktu kanak-kanak dan alam persekolahan. Ia sekali gus mengimbau nostalgia sewaktu kecil dan kebanyakannya relate dengan kehidupan kita semua.

Sumber: Instagram ryanbakery, TikTok meletop

error: Haipp!!!