Tue. Oct 4th, 2022

Pak Nil Bertemu Zamani Serahkan Sumbangan RM120,000 Untuk Pembedahan

Bagi peminat dan pengikut penyanyi lagenda tanah air, Zamani, 51 pasti tahu tentang kondisi kesihatannya yang kurang baik sejak kebelakangan ini.

Dia yang mengalami masalah tulang belakang bengkok dilihat masih kuat bekerja walaupun fizikalnya sudah sedikit berubah.

Susulan daripada itu, pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi telah mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan artis dan para peminat penyayi itu untuk membantunya dari segi kewangan untuk mendapatkan perubatan bagi membetulkan kondisi tulang belakang.

Serahkan sumbangan orang ramai kepada Zamani

Oleh itu, menerusi perkongsian terbaru Pak Nil di Instagram, beliau telah bertemu dengan Zamani sendiri dan menyerahkan Rm120,000 sumbangan yang terkumpul untuk membolehkan penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu melakukan pembedahan.

“Amanah sudah Pak Nil sempurnakan. Terima kasih atas kepercayaan anda semua,” tulisnya.

Terima kasih kepada semua yang membantu

Dalam pada itu, Zamani yang begitu terharu dengan sumbangan yang diterima telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua khususnya Pak Nil kerana mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

Dia telah menulis ucapan terima kasih tersebut di ruangan Instagram serta memuat naik semula video ketika pertemuan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zamani Ibrahim (@iamzamani.official)

“Syukur ke hadrat illahi dgn segala nikmat kurniaanNya..

Alhamdulillah..saya sudah terima semua jumlah keseluruhannya, terima kasih terutamanya kepada Pak Nil dan juga kepada semua yg menyumbang serta yang tak henti² mendoakan saya dan saya doakan segala kebaikan dan kesihatan yang baik buat anda semua..
hanya Allah swt sahaja yang dpt membalasnya..insyaAllah..aamiin..terima kasih banyak² buat semua..” tulis Zamani.

Terima kasih Pak Nil, banyak jasa untuk masyarakat

Menjengah ke ruangan Instagram Pak Nil, ramai rakan artis serta peminat yang meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih atas usaha murni untuk membantu penyanyi lagenda kita ini.

Mereka juga berharap agar Zamani mendapat rawatan terbaik dan kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: Instagram aznilhajinawawi, iamzamanislam

error: Haipp!!!