Sun. Nov 27th, 2022

Wan Chai Menangis Terharu Ketika Ryan Bakery Berjaya Rasmikan Kedai Buat Ramai Sebak

TIKTOKER terkenal meraih kejayaan demi kejayaan, Ryan Bakery selepas video-video yang dihasilkannya mendapat perhatian ramai sememangnya satu perkara yang sangat positif buat pemuda berusia 27 tahun itu.

Konten-konten yang disajikan juga sangat ‘relate’ dengan kehidupan kita sewaktu kecil dan alam persekolahan hingga membuatkan kita mengimbau kembali nostalgia ketika itu.

Berjaya buka BubbleBee

Disebabkan hasil kerja kerasnya kini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery telah berpeluang bekerjasama dengan pelawak yang juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk merasmikan satu lagi francais BubbleBee di Seri Iskandar, Perak.

Kira-kira jam 12 tengah hari tadi, 100 cawan BubbleBee percuma telah diberikan kepada pelanggan terawal bersempena perasmian francais tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ryanbakery (@ryanfahmibakery)

Sebak tengok Ryan potong reben perasmian

Menjengah ke Instagram Shuib, Ryan telah memotong reben perasmian di francais Seri Iskandar disaksikan para pelanggan, peminat serta orang terdekatnya bagi sama-sama meraikan pencapaian pemuda itu.

Namun, disebalik situasi yang menggembirakan tersebut, kebanyakan warganet yang meninggalkan komen di Instagram Shuib meluahkan rasa sebak melihat sahabat Ryan iaitu Wanchai yang menangis terharu melihat kejayaan rakan baiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Inilah dinamakan sahabat sejati

Dia dan Ryan dilihat berpelukan sambil menangis kerana begitu terharu dengan pencapaian rakannya yang kerap membuat video di TikTok bersama.

Perkongsian itu nyata membuatkan warganet turut sebak sama melihat keakraban mereka yang meraikan kejayaan besar ini. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada Ryan kerana terus berusaha menambah pendapatan dengan menceburi bidang perniagaan pula.

Sumber: Instagram ryanbakery, shuibsepahtu

error: Haipp!!!