Thu. Sep 29th, 2022

Netizen Respek Lihat Ryan Bakery Kekal Humble Walau Berjumpa Selebriti Terkenal

Kini nama Ryan Bakery iaitu seorang personaliti media sosial dan content creator popular di platform TikTok tidak asing lagi bagi ramai pengguna media sosial malah content dirinya yang memaparkan kejadian lucu ketika zaman kanak-kanak dan persekolahan antara yang dinanti-nantikan.

Walau bagaimanapun, selepas muncul di rancangan popular MeleTOP baru-baru ini nampaknya Ryan Bakery mencuri tumpuan ramai lagi terbaharu apabila bertemu dengan penyampai radio terkenal.

Dalam satu rakaman yang mencuri tumpuan ribuan warganet ini memaparkan Ryan Bakery dan tunangnya dilihat berada di konti radio Era dan nampaknya kehadiran influencer ini disambut meriah oleh beberapa selebriti yang berada di situ.

Antaranya adalah Nabil Ahmad, Radin, Siti Elizad, Rahim dan Angah. Ryan Bakery yang begitu sempoi memeluk beberapa selebriti berkenaan di konti radio menyebabkan gelagatnya itu dikagumi selain ramai suka melihatkan kejayaannya yang sehingga menjadi sangat popular.

@era.je #3PagiERA ♬ original sound – ERA

Perkongsian video di akaun TikTok, era.je itu mencuri tumpuan peminat Ryan Bakery yang mendoakan kejayaannya dan dimurahkan rezeki buat content creator yang bermula dari bawah itu sehinggalah kini menjadi antara content creator kegemaran ramai.

@era.je Ok yang ni @nabilzira @radin_era bagi nasihat betul-betul punya kat @ryanbakery 💚 #3PagiERA ♬ original sound – ERA

Dalam pada itu, rakaman tersebut juga meraih ribuan tanda suka daripada pengguna TikTok disamping ruangan komen juga dihujani ratusan reaksi buat Ryan Bakery.

error: Haipp!!!