Tue. Oct 4th, 2022

Ryan Bakery Tergamam Dengan Sorakan Penonton, “Mengalahkan Pelawak Profesional”

RYAN Bakery, selebriti TikTok Malaysia ini berminggu-minggu menjadi sebutan netizen. Malah kejayaan demi kejayaan diperolehnya mengundang rasa bangga buat peminat yang sekian lama mengikuti content dihasilkannya berdasarkan zaman kanak-kanak dan persekolahan.

Content yang telah disajikan buat peminat itu ternyata melonjakkan namanya untuk berterusan dikenali dalam dunia hiburan tanah air. Terkini, Ryan Bakery menjadi tetamu jemputan Sepahtu Reunion Live sebuah rancangan komedi popular.

Baca Juga: Netizen Respek Lihat Ryan Bakery Kekal Humble Walau Berjumpa Selebriti Terkenal

Baca Juga: Wan Chai Menangis Terharu Ketika Ryan Bakery Berjaya Rasmikan Kedai Buat Ramai Sebak

Baca Juga: “Awak semua baik sangat dengan saya”- Ryan Bakery Terharu Konten Disukai Ramai

Ternyata jemputan dari pihak Sepahtu Reunion Live mengundang Ryan Bakery pada malam tadi mencetuskan kehangatan ramai peminat TikTokers ini. Mana taknya, selepas kemunculan di beberapa program, akhirnya Ryan Bakery muncul di rancangan lawak bersama kumpulan Sepahtu. Apatah lagi bergandingan dengan Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu.

Selain Ryan Bakery, penampilan WanChai sahabat karib juga muncul bersama di rancangan tersebut. Namun begitu, satu rakaman video pendek dikongsikan ini mencetuskan netizen tergamam dengan sorakan penonton Sepahtu Reunion Live yang memberikan sokongan padu dan jitu buat Ryan Bakery.

@mutalibraof Aku tgok astro sbb deorang @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 @WanChai 🤣✨ #ryanbakery #wanchai #sepahtureunion #fyp ♬ original sound – Mutalib Raof

Sorakan daripada penonton menjadikan Ryan Bakery juga turut tergamam tidak dapat berkata-kata. Dalam pada itu, perkongsian peminat Ryan Bakery oleh, Mutalibraof yang turut memberitahu dirinya menonton Astro disebabkan Ryan Bakery itu juga menarik perhatian netizen untuk meninggalkan ratusan reaksi teruja dengan kemunculan TikTokers tersebut pada malam tadi.

“Dengan aku aku sekali jerit time Ryan keluar”

“Sorakan mengalahkan pelawak profesional”

“Senak perut gelak”

“They made it.”

error: Haipp!!!