Mon. Dec 5th, 2022

Makan ‘Berkicau’ di Sepahtu Reunion Live, Wan Chai Beri Penjelasan

TERDAHULU kemunculan dua selebriti TikTok Malaysia, Ryan Bakery dan WanChai dalam rancangan komedi popular, Sepahtu Reunion Live begitu meriah. Malah kehadiran mereka juga membuatkan penonton cukup terhibur.

Selain gelagat Ryan Bakery yang sentiasa mencuit hati peminat, WanChai juga tidak ketinggalan hebatnya dalam membuatkan penonton tertawa. Meskipun tidak banyak dialog, WanChai sudah cukup menghiburkan penonton di rumah dan studio Sepahtu Reunion Live. Malah antara gelagat WanChai yang tular adalah makan berkicau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @netizen_malaya


Buat mereka yang masih ingat, kelakuan WanChai makan berkicau itu ditegur lucu oleh Jep Sepahtu akhirnya viral kerana tidak perlu berkata-kata sudah cukup menghiburkan netizen.

Terkini, WanChai mencuri tumpuan lagi di platform TikTok, dalam satu sesi live mengulang gelagatnya itu apabila turut menikmati burger. Namun dalam pada masa sama, WanChai yang mengetahui tidak elok makan berbunyi menerangkan bukan itu sebenarnya yang ingin disampaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @netizen_malaya


Ini kerana, WanChai cuba membuat bunyi seperti makanan tersebut terlekat di celah giginya namun lain pula yang disangkakan. Penjelasan WanChai kenapa dirinya makan berbunyi yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama, Rizrif95 itu juga mendapat perhatian netizen.

Namun begitu, sekali lagi gelagatnya yang bersahaja itu berjaya menghiburkan penonton Sepahtu Reunion Live.

“WanChai datang makan je”

“Jep alert dengan lawak member2 dia”

“Wanchai scene makan je pun dah kelakar”

“Muka dia sorang je yang keras kejung orang buat lawak macam tak rasa”

Korang enjoy ke dengan episod Sepahtu Reunion Live baru-baru ni? Kongsikan.

error: Haipp!!!