Tue. Oct 4th, 2022

Dua Individu Pukul Ustaz & Pelajar Tahfiz Positif D*dah

SEMALAM kita dikejutkan dengan seorang ustaz dan pelajar tahfiz dipukul di sebuah pusat tahfiz dipercayai berdekatan Kuala Lipis.

Dua pekerja bengkel kimpalan telah ditahan oleh pihak polis pada hari ini selepas dipercayai memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis, Pahang.

Menurut laporan Sinar Harian, tiga lagi suspek telah pun dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat dengan secepat mungkin oleh pihak polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kesemua suspek terdiri daripada lelaki lingkungan 30-an dan kejadian berlaku

Menurutnya, kesemua suspek terdiri lelaki berusia lingkungan 30-an dan kejadian berlaku kira-kira pukul 5.10 minit petang pada Jumaat di mana kelima-lima suspek terbabit menaiki sebuah pikap jenis Isuzu Max berwarna perak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazlin 1215 (@act431_775)

Tambah Azli, kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap tenaga pengajar tersebut melibatkan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu. Kejadian itu telah menyebabkan seorang tenaga pengajar cedera di mata sebelah kanan dengan empat jahitan, cedera di tangan dan lebam di badan. Manakala pelajar cedera di badan.

Susulan itu, pihaknya telah menerima satu laporan daripada mangsa berusia 11 tahun pada jam 6.43 petang dan pihaknya telah membuat satu serbuan di kawasan Damak, Jerantut dan berjaya menahan dua suspek. Pun begitu, tiga orang suspek lagi masih bebas.

Mengulas lanjut, Azli berkata kedua-dua suspek yang ditahan positif met4phet4mine dan mereka memiliki rekod lampau berkaitan d*dah dan jen4yah.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif metaphetamine dan hasil semakan mereka memiliki rekod lampau berkaitan d*dah dan jen4yah.

“Kedua-duanya dikenakan reman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin ini,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Kes3ksaan kerana pencerobohan kawasan dan Seksyen 15(1)(a) Akta D*dah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

error: Haipp!!!