Tue. Oct 4th, 2022

Aliff Syukri Mendakwa Dirinya Kini Menghidap Masalah Kesihatan, Isteri Berlapang Dada Dengan Situasi Suami

DARI semalam, kecoh di laman media sosial mengenai seorang ahli perniagaan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri yang mendakwa dirinya kini menghidap masalah kesihatan ment4l.

Bagi membuktikan yang dia ‘benar-benar’ sakit, Aliff juga difahamkan memuat naik gambar ub4t yang kononnya sedang diambil ketika ini.

Namun, Aliff dikatakan kantoi apabila pemilik gambar tersebut tampil memberitahu yang gambar berkenaan adalah miliknya yang pernah dikongsi tidak berapa lama dahulu.

Selepas didakwa kantoi, isteri kepada Aliff, Datin Nur Shahida berlapang dada dengan dugaan yang dikurniakan suami seperti itu.

Nur Shahida menerusi satu balasan komen di Instagram berkata yang Allah lebih mengetahui segala-galanya apa yang berlaku.

“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan.

“Kan dunia ini bukan tempat kita berehat,” katanya yang membalas komen pengikut.

Terdahulu, Aliff Syukri mengucapkan selamat tinggal kepada dunia media sosial dan memadamkan kesemua hantaran yang ada pada akaunnya itu.

Hal ini berikutan tohmahan dan kritikan netizen terhadap dirinya selepas dia berkongsi klip-klip menari bersama penyanyi dangdut Baby Shima dan juga beberapa orang influencer lain.

error: Haipp!!!