Tue. Oct 4th, 2022

Netizen Kecewa Melihat Pengunjung ‘Memusnahkan’ Hiasan Lego Besar Di Tengah Mall

SETIAP kali ada acara atau bulan tertentu, di sesetengah pusat membeli-belah akan ada hiasan dengan tema acara yang dirancang.

Contohnya jika tema bulan hari raya, hiasan berkenaan dengan perayaan tersebut akan disediakan bagi menarik perhatian pengunjung yang datang.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video mengenai ‘hiasan’ di sebuah pusat beli-belah telah mencuri perhatian ramai.

Dalam satu perkongsian menerusi akaun Facebook, seorang pengguna media sosial telah meluahkan rasa kecewanya menyaksikan beberapa keluarga datang ‘memusnahkan’ hiasan lego besar yang terletak di tengah mall tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, individu tersebut turut meluahkan rasa kesalnya mengenai kejadian tersebut.

Tulis individu tersebut, sudah tertulis dengan jelas hiasan lego itu adalah untuk satu acara ‘Snap And Win Contest’.

Namun, beberapa individu di dalam gambar tersebut tidak mengendahkan papan tanda itu dan bertindak ‘bermain’ dengan lego itu bersama anak-anak mereka.

Berikut adalah perkongsian beberapa foto dengan paparan hiasan lego besar di tengah mall ‘dimusnahkan’ pelanggan yang datang:

Perkongsian ini sudah tentunya telah meraih perhatian ramai.

Di ruangan komen ada yang menyokong kenyataan pemilik akaun tersebut dengan perlakuan tidak patut tersebut.

Malah ada juga yang berpendapat sepatutnya pusat beli-belah itu meletakkan pagar atau dengan kaedah sepatutnya supaya orang ramai tahu mereka tidak boleh menyentuh lego besar berkenaan.

Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

error: Haipp!!!