Thu. Dec 1st, 2022

Ustaz Ahmad Dusuki Tampil Beri Teguran Penyanyi & Pengacara Ifa Raziah

PENCERAMAH bebas terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberikan teguran terhadap penyanyi dan pengacara, Ifa Raziah disebabkan kenyataannya yang hanya akan bergelek sekiranya diberikan bayaran ketika melakukan sesi live di Tiktok baru-baru ini.

“Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?”

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah dari manakah ia mendapatkan harta dan ke mana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang dibimbang jika yang masuk duit itu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.

Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek-goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih-lebih lagi hartanya dari sumber menggolek menggelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.

Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau..!!”-Tegur Ustaz Ahmad Dusuki

Ustaz Abdullah Khairi Juga Turut Beri Respon

Di ruangan komen, hantaran Ustaz Ahmad Dusuki turut mendapat respon oleh pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut memberikan reaksinya terhadap kenyataan pengacara dan pelakon tersebut.

“Dia menanti saat bila dah tua..Dah tak boleh gelek. Baru dia tau..Allah tu ada!!”-Komen Ustaz Abdullah Khairi

Dalam pada itu, rata-rata netizen dilihat menitipkan ucapan terima kasih terhadap teguran yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki yang telah menjalankan kewajipannya sebagai umat Islam.

error: Haipp!!!