Tue. Oct 4th, 2022

Elak Guna Lagu ‘Bodoh Piang’ Yang Popular Di TikTok , ‘Catchy’ Tapi Ini Maksud Liriknya

PELBAGAI lagu berlegar di laman sosial yang kebanyakannya digunakan menerusi perkongsian video. Lagu-lagu menggunakan bahasa asing tidak terkecuali hingga ada yang mempunyai lirik kurang baik dinyanyikan dan tular..

Sesetengah laman sosial membenarkan penggunanya menyunting video dan memasukkan pelbagai bunyi (sound) sebagai muzik latar termasuk sebuah lagu berjudul ‘Eta Lyubov’ (Ini Cinta / Cinta Ini) dendangan penyanyi remaja, Amirchik.

NAMUN PERKONGSIAN DARIPADA DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN YANG PERNAH TINGGAL DI KRIMEA (DAHULUNYA JAJAHAN UKRAINE), RUSIA SELAMA TUJUH TAHUN INI MEMBONGKAR MAKSUD SEBENAR LIRIK LAGU YANG TELAH DIGUNAKAN MENERUSI LEBIH 320,000 BUAH VIDEO DI TIKTOK.

“Kebelakangan ni, saya selalu dengar lagu ‘Bodoh Piang’ dimainkan di sosial media sebagai lagu latar. Lagu bahasa Rusia tu jadi sangat popular di Malaysia kerana ia ‘catchy’ dan sebutannya dianggap kelakar.

“Mungkin ada yang tahu, dan ada yang tidak bahawa lirik korus lagu itu mengandungi sedikit perkara yang tidak elok untuk kita nyanyikan. Kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu.

“Korusnya berbunyi:

Eta lyubov’ samaabman
I da utra ya budu pʹyan
Viski – narkoz i v ablaka
Ty ne maeya, ty ne maeya

“Maksudnya- Cinta ini, adalah tipu daya (diriku) sendiri. Dan sehingga pagi ku kan (akan) mabuk. Wiski – narkos, dan ke awan. Kau bukan milikku, kau bukan milikku.

“Nampak tak kenapa saya kata tak elok? ‘Ya budu p’yan’ yang selalu ‘dijadikan parodi oleh orang kita sebagai bodoh piang,” titipya.

BUKAN BODOH PIANG

Selain itu, Dr Kamarul Ariffin menambah rangkap yang sering disebut berulang kali dalam lagu tersebut membawa maksud yang salah.

“Ya ‘bodoh piang’ tu membawa maksudnya “Aku akan mabuk”.

Ia bukan lawak, ini betul-betul. Ada juga disebut dalam korus itu tentang minuman keras (wiski/whiskey), tidak sedarkan diri (narkos/narkosis) dan berkhayal/high (ke awan).

“Tak berapa sesuai dinyanyikan berulang kali kan? Dalam rangkap lain, tiada masalah sangat. Sekadar bercerita tentang kesedihan penyanyi yang tidak berjaya memiliki insan yang dikasihi.

Dalam pada itu, Dr Kamarul menyerahkan kepada pengguna untuk menimbang buruk baik penggunaan lagu tersebut.

“Saya sekadar memberitahu dan berpesan sahaja. Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan perkara ini, kerana saya faham makna lirik tersebut. Lepas kalian sudah tahu, terpulanglah pada kalian.

Kata-kata itu ibarat doa, justeru awaslah bila berkata-kata walaupun ia sekadar lagu latar. Apatah lagi jika ungkapan yang disebut adalah sesuatu yang menjelikkan.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

error: Haipp!!!