Wed. Oct 5th, 2022

Telatah Ryan Bakery Layan Mama Buat Peminat Cair

SEBUT sahaja nama influencer yang disukai di platform TikTok, tentu Ryan Bakery antara yang tersenarai oleh netizen.

Mana tidaknya, bermula daripada menghiburkan netizen dengan content video yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dan persekolahan sehinggalah kini, boleh dikatakan dia antara penghibur terbaik jika muncul di kaca televisyen.

Meskipun begitu, Ryan Bakery tetap menjadi penghibur buat peminatnya di platform TikTok dan acap kali membuat live berkongsikan aktiviti dilakukannya namun pada kali ini pula, dia dilihat pulang ke kampungnya di Pahang.

Membuat live di TikTok, Ryan Bakery membuatkan dirinya dan mama pula tular menjadi perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Mana tidaknya, peminat Ryan Bakery yang melihat caranya layan mama membuatkan rata-ratanya juga cair.

Menerusi video-video yang tular ini pula memaparkan Ryan Bakery yang dilihat begitu risau dengan mamanya yang cuba menaiki sampan dibawa adik. Sehingga laju dia berlari mendapatkan mamanya.

Tidak hanya itu, momen Ryan Bakery mencium mamanya juga membuatkan peminat memberikan pujian terhadap sikapnya sebagai anak yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Meskipun terhibur dengan telatah Ryan Bakery yang membuka mulut sahaja sudah menghiburkan netizen namun caranya layan mamanya itu membuatkan peminat memujinya yang dalam pada masa sama membuatkan ramai suka melihatkan kecomelan dua beranak tersebut.

error: Haipp!!!