Tue. Oct 4th, 2022

Pertama Kali Dilihat Menangis, Neelofa Jadi Tumpuan Netizen

SEJAK kebelakangan ini usahawan dan selebriti, Neelofa menjadi perbualan di media sosial berikutan terpalit beberapa isu yang membabitkan perniagaan inainya, Nunha yang mana isteri Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz ini mendapat pelbagai pandangan ramai.

Meskipun menerima kritikan namun Neelofa tetap menerima sokongan ramai. Satu perkongsian terbaharu di platform TikTok ini pula membuatkan ada netizen yang turut merasa sedih melihatkan kecaman diterima selebriti ini selepas melancarkan inai Nunha.

Menerusi satu muat naik, Neelofa dilihat pertama kali menangis dan mengundang rasa sedih peminat kerana dia jarang dilihat menitiskan air mata. Melalui rakaman berdurasi 30 saat ini difahamkan, Neelofa bersama keluarga Nunha.

Namun begitu, Neelofa yang dilihat menangis dan beberapa kali mengesat air matanya ini membuatkan dia menjadi tumpuan ribuan warganet di platform TikTok manakala turut tular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

“Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang sangat tabah menitiskan air mata, niat dia hanyalah nak bantu ramai sebangsa, seagama cari rezeki sedangkan dia boleh saje jual secara retail. Bangkitlah reseller…” tulis pemilik akaun TikTok tersebut dimana orang ramai juga meninggalkan pelbagai reaksi yang turut merasa geram dengan kecaman terhadap Neelofa selepas melancarkan inai Nunha.

“Lofa kena belajar rendah diri dan tak ego.”

“Sebelum dia jual n dia pakai sibuk memasing nak inai cam dia pakai”

error: Haipp!!!