Thu. Sep 29th, 2022

“Comel Je Bertudung”, Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

SUBHANALLAH! Comel je bertudung! Selain tuntutan agama, wanita Melayu sememangnya cantik, comel, manis dan ayu bila mengenakan hijab.

Tudung bukan sahaja pakaian wajib untuk menutup aurat bagi wanita Islam, tetapi ia juga membuatkan nampak lebih sopan, kemas dan beradab.

Tidak hairanlah sekiranya dilihat sekarang ini ramai yang berhijrah ke arah yang lebih baik dengan mengenakan hijab.

Begitu juga dengan penyanyi, Usop yang tampil berkongsi perasaan gembira apabila isteri kesayangan Nur Fatihah Md Hasim mengenakan hijab.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, yang bergelar suami kepada Nur Fatihah pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Naib Juara program Big Stage musim ketiga itu memuat naik sebuah video.

Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian warga maya apabila Fatiha dilihat manis berhijab penuh.

Usop memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

“Kan tomey (comel) pakai tudung.

“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta memanjatkan doa kepada pasangan tersebut.

Ujar mereka;

“Seriously lagi cantik comey manis je… baru nampak macam lembut sangat keibuan.”

“Semoga kita sama-sama istiqomahh berubah ke arah kebaikan.. Cantik mommy to be ni.”

“Alhamdulillah, personally tengok wife Usop lagi comel bila bertudung, nampak ayu, lembut jer muka.”

“Semoga terus menutup aurat dengan sempurna, terus nampak muka macam orang Arab.”

“Insha-ALLAH… Moga ALLAH permudahkan segala urusan Usop dan isteri.”

Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.

Follow kami di TELEGRAM Netizen Malaya untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

error: Haipp!!!