Thu. Sep 29th, 2022

Sudah Lama Impikan Anak Lelaki, Ibu Reda Bayi ‘Pergi’ Ketika Tidur Di Taska Sentuh Hati Netizen

SUDAH lama menantikan sesuatu impian, apabila termakbul, kitalah orang pertama yang rasa sangat bersyukur dan bertuah.

Namun, ibu mana yang inginkan perpisahan dengan anak tersayang. Dek kerana mencari wang untuk tampung kehidupan wanita keluar bekerja perlu meninggalkan anak di rumah pengasuh atau taska.

Hanya ibu-ibu yang melaluinya sahaja tahu akan perasaan melepaskan anak yang dikasihi dalam jagaan orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Menangis setiap kali menghantar anak ke rumah pengasuh atau pusat penjagaan adalah situasi biasa yang terpaksa dihadapi para ibu.

Biarpun luaran tampak kental melakukan rutin itu saban pagi, dilema pelbagai perasaan meninggalkan anak-anak kepada pengasuh tidak dapat disembunyikan.

Namun, lagi bertambah pilu dan sebak apabila ada ibu bapa terpaksa berdepan kehilangan nyawa insan kesayangan di pusat jagaan.

Bayangkan, secara tiba-tiba mendapat panggilan dari pihak taska memaklumkan anak kesayangan telah dijemput Ilahi ketika masih tidur. Allahurabbi!

Begitulah kisah pilu yang dikongsikan oleh seorang ibu ini di laman Tiktoknya, pilu hatinya selepas dihubungi pihak taska dan dimaklumkan bahawa anak bongsunya itu meninggal dunia ketika tidur.

Ujarnya, dirinya terkilan kerana anak bongsunya, Aariz Nuh sepatutnya dapat merasai makanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi, namun dia reda telah dijemput ajal.

“Masa ni langkah kaki macam melayang, hati mama kosong… lagi 10 hari nak makan, tapi ALLAH jaga adik lebih baik.

“Kes masih dalam siasatan, taska telefon anak meninggal ketika tidur. Anak dalam keadaan sihat, doakan kami kuat terutama kakak Afea terkesan,” coretnya.

Difahamkan anak lelakinya itu adalah anugerah yang telah lama diimpikan pasangan tersebut.

Meskipun itu, si ibu yang dikenali sebagai Hani Aisya masih menzahirkan rasa syukur kerana dapat mendakap anaknya itu buat kali terakhir.

Lebih meruntum hati, bayi lelaki itu juga pergi pada tanggal seminggu sebelum hari ulang tahun kelahiran suaminya namun pasangan itu tetap redha dengan ketentuan Ilahi.

Menjengah ruangan komen, ramai sebak dengan perkongsian berkenaan dan memberi kata-kata semangat buatnya.

“Pegang satu sahaja, kalau ALLAH izinkan maka terjadilah ia… Kalau ALLAH tak izinkan takkan terjadi. Moga kita ibu-ibu semua kuat.”

“Saya dan isteri dah melaluinya… saat berpisah untuk selamanya dengan anak bongsu kami. Rindu yang paling sakit rindu yang tiada kesudahan.”

“Saya betul-betul tak kuat… menangis acik dik tengok adik dalam dakapan ibu macam tu… Semoga ibu terus kuat ye.”

“Semoga ALLAH angkat darjat puan dengan ujian ini, ujian di dunia yang berat tapi hadiah terbesar di alam sana. Saham akhirat puan.”

“Semoga awak terus kuat.. ALLAH pinjamkan 6 bulan… saya hilang selepas 14 tahun. Kesannya tak pernah hilang. ALLAH kuatkanlah hati para ibu-ibu.”

Sumber: Tiktok @hani.aisya

error: Haipp!!!