Tue. Oct 4th, 2022

“Puas Hati Tengok…”, Gadis Berbaju Kelawar Berjaya Lawan Balik Per4gut Jadi Bualan Netizen

SEBUAH perkongsian video rakaman kamera CCTV tular di Twitter yang memaparkan seorang gadis yang hampir menjadi mangsa r4gut. Video tersebut tular dan menjadi bualan netizen apabila gadis itu dilihat begitu berani melawan semula dua per4gut yang datang menyerangnya di bahu jalan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan gadis berbaju kelawar itu berjalan seorang diri di tepi jalan apabila sebuah motorsikal berhenti di tepi. Pembonceng motorsikal itu kemudian mer4gut beg tangan yang dibawa oleh gadis itu namun gadis itu cuba melawan semula.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah orang awam yang melihat kejadian tersebut kemudian segera turun membantu gadis tersebut. Malah ada juga pemandu yang dari seberang jalan yang sanggup memberhentikan keretanya dan berlari bagi menghulurkan bantuan.

Difahamkan, kedua-dua per4gut itu akhirnya berjaya ditahan di mana pihak polis tiba di situ untuk tindakan selanjutnya. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama berasa kagum melihat tindakan berani gadis itu melawan semula per4gut yang cuba membawa lari beg tangannya ini.

Ada juga yang menganggap mungkin juga gadis itu sebenarnya adalah anggota tentera berdasarkan kepada reaksinya yang tidak gentar melawan semula itu. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memberikan pujian kepada orang awam yang membantu gadis itu menahan per4gut tersebut.

Kudos abg grab!

“Syg nya Allah bg tubuh badan sihat walfiat mcm ni bt kerja mer4gut…semoga insaf”

“terbaik semua yang bantu”

Follow kami di TELEGRAM Netizen Malaya untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

error: Haipp!!!