Wed. Oct 5th, 2022

Wanita Ini Samakan Honda Miliknya Dengan ‘Civic Type R’, Tuduh Jurujual Mahu Untung Lebih

UNTUK memenuhi permintaan para pelanggan, Honda telah mencipta pelbagai jenis kenderaan bagi beberapa segmen pasaran seperti pemilik minatkan kereta bersaiz kompak, pemilik perlukan ruangan luas dan pemilik gemarkan aktivti perlumbaan — oleh sebab itu harganya berbeza-beza mengikut kategori tersendiri.

Baru-baru ini satu komen yang dikongsikan oleh seorang wanita telah mengundang rasa geli hati warganet apabila dia mendakwa penjual kereta cuba ‘mengambil untung lebih’ dengan menaikkan harga kereta jualannya itu.

Dalam video awal yang dikongsikan menerusi TikTok @recondkelate, jurujual kereta itu ada menyatakan bagi yang berminat untuk mendapatkan Honda Civic Type R, pelanggan perlu mempunyai minimun gaji RM7,000, bayaran deposit (RM27,000) dan komitmen bulanan sekitar lebih RM2,800.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Bagaimanapun, ada seorang wanita berkongsikan komen mempersoalkan jurujual itu mark up harga terlalu tinggi kerana mahu mengambil untung lebih.

Kata wanita itu lagi, dia turut menggunakan kereta Honda namun tidak memerlukan gaji minimun serta komitmen bulanan setinggi seperti yang dinyatakan oleh jurujual terbabit.

Komen itu membuat warganet berasa geli hati kerana percaya wanita itu tidak mengetahui adanya Honda Civic versi hatchback berlogo ‘R’ yang mempunyai prestasi tinggi boleh digunakan berlumba di litar.

Mesti laki dia cuit bahu dia, “yunk, itu spec racing. kita punya spec opis je.”

Nampak macam sama. Tapi bukan dia

“sis pakai honda ex5 ke? type r tu kak oi”

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah mendapat hampir 632,000 kali tontonan serta 1,600 komen daripada netizen lain. Manakala komen wanita itu pula telah dipadam oleh dirinya sendiri, dipercayai telah sedar kesilapannya menyamakan model Civic digunakan ke pejabat dengan ‘Civic Type R’ boleh digunakan untuk berlumba di litar.

Follow kami di TELEGRAM Netizen Malaya untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

error: Haipp!!!