Thu. Sep 29th, 2022

Jam Tangan Chanel Bernilai RM600,000 Di Hawaii, Najib Pernah Pujuk Rosmah

PENULIS buku Billion Dollar Whale, Tom Wright berkongsi di laman Twitter miliknya bagaimana Datuk Seri Najib Razak memujuk Datin Seri Rosmah selepas percutian mereka terpaksa dipendekkan disebabkan situasi banjir yang terjadi di Malaysia.

Ciapan yang dimuat naik pada awal pagi ini menceritakan bagaimana lawatan kerja di Amerika Syarikat pada 2014 terpaksa dipendekkan. Difahamkan Najib pada ketika itu mempunyai lawatan kerja di Hawaii dan dijadualkan bertemu dengan Barack Obama. Namun lawatan itu terpaksa dipendekkan disebabkan banjir yang melanda negara.

Tindakan tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Rosmah, kata Tom Wright dan telah menyebabkan beliau merajuk. Disebabkan itu, Najib telah memujuk Rosmah dengan membawanya ke butik jenama Chanel untuk membeli jam yang bernilai USD$130,000 (RM600,000).

Baca Juga: Lihat Reaksi Penyokong Najib Bila ‘Bossku’ Dijatuhkan Hukuman Penj4ra 12 Tahun

Menurut Tom Wright, Najib telah membayar pembelian jam tangan mewah tersebut dengan menggunakan kad kredit yang dijaga oleh Jho Low. Bagaimanapun, kad itu tidak berfungsi dan menyebabkan Najib malu. Najib kemudiannya menghantar mesej kepada Jho Low untuk memberitahu mengenai kad tersebut dan tidak lama selepas itu, kad itu berfungsi.

Kata Tom Wright, jam tangan bernilai USD$ 130,000 itu adalah sebahagian daripada barang yang dibayar menggunakan wang yang dicuri daripada dana negara, yang kini telah menyebabkan beliau dihantar ke penjara.

“Kami melaporkan kisah ini dalam [buku] Billion Dollar Whale. Seseorang membocorkan penyata kad kredit Najib kepada kami, dan kami melihat bayaran kepada Chanel di Hawaii. Terdapat 2 Chanel di Honolulu. Saya telah dihalau kerana bertanya soalan di butik Chanel yang pertama.

“Di cawangan Ala Moana, seorang jurujual warga China meminta saya menunggu waktu syifnya tamat. Saya duduk 6 jam di Starbucks berdekatan. Dia memberitahu saya bagaimana Najib masuk bersama Rosmah untuk membeli jam tangan bernilai $130k. “Saya dari China dan saya benci rasuah,” katanya, ketika saya menjelaskan kerja kami.

“Kemudian kami mendapatkan transkrip mesej Blackberry Jho Low, yang menunjukkan dia menghantar mesej dengan Najib mengenai masalah kad kredit di butik Chanel. Dan kami mempunyai dokumen bank lain yang menunjukkan kad Najib dibiayai daripada 1MDB,” katanya dalam ciapan yang kini menarik pelbagai reaksi rakyat Malaysia.

Menurut Tom Wright, selepas membeli di Chanel, Najib terus terbang pulang ke Malaysia dan meninjau mangsa banjir di Malaysia yang telah menyebabkan 200,000 orang kehilangan tempat tinggal. Rosmah pula dikatakan meneruskan aktiviti membeli belah di sana.

“Saya tidak percaya pada karma, dan hari ini saya melihat foto daripada anak perempuan Najib di Insta, dan anda boleh melihat kesedihannya. Dan saya bukan rakyat Malaysia. Tetapi kelakuan pasangan ini di kedai Chanel, yang bersubahat dengan bankir Goldman, menangkap banyak perkara yang tidak kena hari ini,” katanya di akhir ciapan.

error: Haipp!!!