Thu. Sep 29th, 2022

Lihat Reaksi Penyokong Najib Bila ‘Bossku’ Dijatuhkan Hukuman Penj4ra 12 Tahun

“Kami tak boleh terima!” Kata salah seorang penyokong Datuk Seri Najib Razak, bekas perdana menteri keenam sebelum mahkamah mengekalkan keputusan bersalah semalam terhadap beliau.

Sebahagian rakyat Malaysia mungkin menyambut baik keputusan mahkamah. Bagi mereka, ia adalah jalan keadilan yang panjang dan memenatkan. Bermula daripada jatuhnya Najib Razak pada pilihanraya pada 2018, sehinggalah dia dibawa ke penj4ra semalam. Bagi mereka, ini adalah detik bersejarah buat semua yang berjuang setelah melihat negara digunakan untuk kepentingan individu.

Bagaimanapun, bagi sebahagian penyokong Najib. Mereka melihat keputusan mahkamah seolah-olah berat sebelah. Panel hakim dilihat seolah tidak memberi ruang atau peluang kepada Najib untuk membela diri. Ketidakadilan ini disuarakan apabila sebahagiannya berkumpul sejak daripada minggu lalu lagi untuk memberi sokongan kepada Najib.

Melalui video yang dimuat naik oleh Sinar Harian, kelihatan laungan ‘Hidup Najib’ bergema di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya. Rata-rata penyokong Najib memakai baju warna biru dengan tulisan Bossku terpampang di dada.

Baca Juga: “My Family, My Love…”, Najib Razak Sempat Tinggalkan Pesanan Terakhir Untuk Keluarga

Ketika ditanya apakah faktor yang membuatkan mereka hadir, seorang nenek berkata “Datuk Seri Najib ini seorang yang bagus, sempurna di mata rakyat, dia berhati rakyat, berjiwa rakyat.” Seorang lagi wanita pula berkata, “Kita sayang dia sebab dia banyak bantu orang-orang kampung. Banyak membantu rakyat,” katanya.

Seorang penyokong Najib menganggap keputusan yang dibuat mahkamah berat sebelah serta menidakkan hak Najib untuk mempertahankan dirinya. Kata mereka, mahkamah telah menafikan bukti baharu yang cuba di bawa oleh pasukan pembelaan.

Melalui perkongsian Ridauddin Daud, seorang wartawan Astro Awani, beliau memuat naik sebuah video yang menunjukkan penyokong Najib melaungkan slogan kebebasan kepada Najib. Dengan baju berwarna merah jambu, mereka melaungkan ‘Hidup Bossku, bebas, bebas, bebas bossku!”

Perkongsian video daripada Sinar Harian pula menyaksikan tangisan daripada penyokong Najib mengiringi beliau ke penj4ra. Kedengaran laungan “sabar bossku” ketika beberapa kenderaan keluar membawa perdana menteri ke enam itu ke penj4ra.

Semalam rakyat Malaysia disaksikan dengan jatuhnya seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri ke enam tersebut.

Mahkamah semalam mengekalkan hukuman penj4ra lima tahun dan denda sebanyak RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Dalam penghakiman setebal 15 muka surat itu, susulan keengganan pihak pembelaan untuk memfailkan sebarang hujahan, panel hakim tiada pilihan lain selain memberi fokus kepada 94 alasan rayuan yang difailkan melalui petisyen sebelum ini.

“Pertamanya Mahkamah Rayuan tepat berdasarkan fakta dan undang-undang dalam memutuskan bahawa Hakim Bicara Mahkamah Tinggi tepat dalam menentukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketujuh-tujuh pertuduhan. Keduanya, Mahkamah Rayuan tepat berdasarkan fakta dan undang-undang dalam memutuskan bahawa Hakim Bicara Mahkamah Tinggi telah melihat kesemua kes pembelaan,” katanya lagi.

error: Haipp!!!