Wed. Oct 5th, 2022

“My Family, My Love…”, Najib Razak Sempat Tinggalkan Pesanan Terakhir Untuk Keluarga

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempat meninggalkan pesanan terakhir sebelum menjadi penghuni penjara selepas menerima hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam. Selepas dijatuhkan hukuman penjara itu, Najib Razak telah dibawa ke Penjara Kajang sebaik sahaja hukuman dibacakan.

Menurut ahli keluarga beliau, bekas Perdana Menteri itu telah meninggalkan nota buat keluarganya yang ditinggalkan di atas meja beliau. Di dalam nota tersebut, Najib Razak mengakui tidak berasa menyesal meneruskan legasi bapanya iaitu Almarhum Tun Abdul Razak dalam menjadi pemimpin kepada rakyat.

Menurut Najib Razak, walaupun dia tidak pernah berasa menyesal mengikuti jejak langkah bapanya itu namun beliau berasa terkilan apabila tidak dapat meluangkan masa bersama keluarganya. Kesibukannya dalam berkhidmat untuk rakyat telah menyebabkan masa yang diluangkan bersama keluarga terbatas dek urusan kerjanya itu.

“Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.
Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.
My years have gone by dedicated to people, public service, politics.
A sacrifice I chose and I made.
A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.”

Bagaimanapun, beliau memaklumkan cabaran-cabaran yang dilaluinya itu adalah asam garam dalam dunia politik untuk menjadi pemimpin buat rakyat. Dalam masa yang sama, Najib turut meluahkan rasa redha dengan takdir yang menimpa dirinya dan berharap ahli keluarganya sentiasa dalam keadaan yang selamat di bawah perlindungan Yang Maha Esa.

Sekadar makluman, semalam Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun beserta denda RM210 juta ke atas Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

error: Haipp!!!