Tue. Oct 4th, 2022

Pendedahan Wanita Ini Buat Netizen Terkejut, 11 Tahun ‘Ket4gih’ Makan Sabun Serbuk

SUDAH menjadi lumrah buat manusia untuk menjamah makanan atau minuman yang enak dan dilihat mengiurkan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila wanita ini mendedahkan beliau sudah 11 tahun ‘ket4gih’ untuk makan sabun serbuk.

Menerusi perkongsian TikTok @zakiraaa.4, beliau mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila mencium bau sabun yang wangi di mana beliau cenderung untuk memakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Perkongsian yang dibuat jelas menarik perhatian netizen selepas beliau mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga nyata terkejut apabila terdapat manusia yang mempunyai selera yang aneh seperti memakan sabun serbuk. Terdapat netizen yang mempermainkan beliau namun tidak kurang juga netizen yang mencadangkan agar beliau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

“u kentut keluar buih tak”

“bila baca comment , baru aku sedar , ramai rupanya citarasa pelik manusia dalam bumi ni”

Beliau yang menerima permintaan daripada netizen untuk membuat video memakan sabun ini turut tampil dengan sebuah lagi video dalam menceritakan bagaimana ‘ket4gihan’ beliau bermula.

Difahamkan tabiat memakan sabun beliau itu bermula sekitar 11 tahun lalu di mana beliau sangat suka dengan haruman bau sabun serbuk yang digunakan untuk membasuh baju.

Gara-gara terlalu suka, beliau pada ketika itu memilih untuk mencuba memakan sabun serbuk atas alasan ingin mengetahui lebih lanjut. Menerusi perkongsian, beliau pada mulanya berasa agak pelik dengan rasa sabun serbuk tersebut, namun lama-kelamaan beliau seolah sangat selesa dengan gemar untuk memakannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Wanita ini menerusi perkongsian turut meminta orang ramai agar tidak mengecam beliau memandangkan beliau juga sedang dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat aneh beliau.

Untuk pengetahuan, tabiat memakan perkara aneh ini turut dilabel sebagai pica disorder di mana seseorang manusia ini cenderung untuk memakan bahan bukan makanan seperti kertas, kaca, batu dan sebagainya.

error: Haipp!!!