Thu. Sep 29th, 2022

Selebriti TikTok Malaysia, Biodata Ryan Fahmi Bakery

NAMA yang paling hangat diperkatakan hari ini, Ryan Bakery. Siapa Ryan Bakery? Muhammad Ryan Fahmi Bakery atau Ryan Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia dan selebriti TikTok yang berasal dari negeri Perak.

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery
Nama komersial: Ryan Bakery
Umur: 27 tahun (2022)
Tarikh lahir: 17 April 1995
Asal: Perak
Kerjaya: Pencipta konten, selebriti TikTok
Instagram (IG): @ryanfahmibakery
TikTok (TT): @ryanbakery

Baca Juga: Netizen Terhibur ‘Budak Bedak Sejuk’ Dengan Shuib, “Terus Hilang Stress”

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Dia terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada tahun 90-an.

2. Sebelum ini, beliau bekerja dalam bidang kargo penerbangan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kemudian kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

3. Dia mencari alternatif lain untuk memastikan kelangsungan hidup sebelum penglibatannya sebagai penyedia kandungan digital di aplikasi TikTok mempopularkan namanya, selain mampu menjana pendapatan.

4. Ryan baru-baru ini menjadi viral apabila dia menerima hadiah luar biasa ‘Singa’ bernilai RM1,049.90 setiap satu daripada pengguna TikTok misteri – dikenali dengan nama id Sultan Pemurah. Ketika itu dia sedang melakukan sesi siaran langsung di aplikasi tersebut.

5. Netizen mengandaikan jumlah yang diraihnya dalam satu sesi itu sahaja adalah sekitar RM10,000!

6. Dengan peningkatan popularitinya yang mendadak itu, Ryan turut menerima banyak tawaran dan dari segi projek lakonan, dia akan membintangi filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim serta karya terbaru arahan Pierre Andre.

7. Ryan turut menjadi pilihan perniagaan minuman, Bubblebee milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu apabila dilantik sebagai ikon.

8. Dia yang telah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya merancang untuk berkahwin pada Januari 2023.

Video:

error: Haipp!!!