Tue. Oct 4th, 2022

Sedih Beli Kasut Mewah Baru 4 Kali Pakai Dah Rosak, Rupanya…

TIDAK dapat dinafikan, ramai antara kita ini mempunyai minat yang boleh mencecah ribuan ringgit contohnya mengumpul figurines, beg tangan ataupun barangan vintaj.

Dalam laman Twitter, pengguna @pedoqpop telah berkongsi rintihan seorang pembeli kasut yang kecewa dengan kasut Nike Air Max yang baru sahaja dipakainya sebanyak empat kali tetapi telah rosak.

Tweet itu menyatakan individu tersebut telah membeli kasut tersebut kira-kira empat tahun lepas tetapi baru sahaja dipakai sebanyak empat kali.

“Simpan lama sangat tu”

“Macam mak aku la”

“Simpan lama lagi tak tahan dari pakai hari-hari.”

“pernah jumpa kat tiktok orang borak pasal ni”

“Gam nya dah kering brader”

“Satu pengajaran..barang2 apa pun tak boleh simpan”

“4 tahun simpan😭”

“Bukan ke kasut ni kena pakai selalu”

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen, rata-rata berkongsi pengalaman dan ada juga yang memberitahu tips penjagaan kasut yang sebetulnya.

“Airmax kalau simpan memang jadi kek bang”

“Tk bole claim da kalau suda 4 tahun beli”

“sy simpan setahun je bang.”

“Bley Cuba pergi butik Nike”

Okay, lepas ni kalau beli kasut, jangan simpan je tau! Pakai sentiasa!

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah menarik yang disediakan di bawah ini seperti berikut:

error: Haipp!!!