Sat. Nov 26th, 2022

Kembali Bergelar Penyampai Radio, Shuib Kendali Segmen Pagi Suria FM

SHUIB Sepahtu pelawak dan usahawan popular, sah menyertai Suria FM sebagai penyampai bermula hari Isnin ini menerusi slot pagi.

Selepas hampir dua tahun meninggalkan dunia penyiaran, Shuib Sepahtu kembali ke konti radio apabila akan keudara di Suria FM.

Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin membuat pengumuman itu sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall, Putrajaya, petang tadi.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah, Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Persembahan gandingan artis 90-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah, Ziana Zain. disaksikan hampir 12,000 pengunjung yang hadir.

Terdahulu, segmen Suria Pagi dikendalikan oleh Fizi Ali yang kini berpindah ke stesen Hot FM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Penyampai seperti Tyzo, Rara, Cik Piah, Anna J dan DJ Lin turut membarisi Suria FM.

Namun, pada Januari 2021 dia tidak memperbaharui kontrak dan ingin memberi tumpuan kepada perniagaannya sebelum menerima tawaran ke Suria FM pada tahun ini.

“Congrats bro 👏🏻👏🏻👍🏻”

“Yayyyy🔥🔥🔥🔥🔥 terbaikkkkk Suria radio no 1 Malaysia”

“Haaaaaaa masokkkkkkk!!!!”

“Video call pagi jgn lupaa😂😍”

“Pecah la morning2 kitrg”

Memang paduuuu Ib gegarkan suria fm

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah menarik yang disediakan di bawah ini seperti berikut:

error: Haipp!!!