Tue. Oct 4th, 2022

“Saya hari-hari menangis”, Zarina Zainuddin Cabar Pihak Yang Mengecam Video Anak 4utisme

PELAKON Zarina Zainuddin mencabar pihak yang hanya tahu mengecam video berkaitan anak 4utismenya supaya merasai sendiri pengalaman menjaga golongan istimewa itu.

Katanya, individu tiada sivik sebegini hanya sesuka hati melemparkan pelbagai tuduhan, sedangkan perkongsian yang dimuatnaik dalam media sosial adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Zarina ditemui pada majlis pelancaran Havoc Midnight Concert anjuran Havoc Event & Management Sdn. Bhd. (HAVOC) yang dijadualkan bermula di Shah Alam, Selangor pada 3 dan 4 September ini.

Dikecam mempermainkan hati anaknya selepas memuat naik sebuah video menunjukkan aksi ‘melamar’

Baru-baru ini, aktres berusia 51 tahun itu dituduh menggunakan dua anaknya, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) sebagai modal meraih tontonan Instagram.

Malah Zarina juga dikecam mempermainkan hati anaknya selepas memuat naik sebuah video menunjukkan aksi Azal, 26, ‘melamar’ pelakon Neera Azizi.

Katanya lagi, hanya 10 peratus pelakuan atau telatah permata hatinya itu yang didedahkan kepada umum dalam Instagram, bukan seperti disangkakan sesetengah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

“Banyak lagi episod tantrum yang tidak saya kongsi. Kiranya apa yang saya paparkan dalam sosial media cuma sikit supaya untuk dedahkan situasi dan cara mengawal keadaan.

“Tak sangka ada pula fikir saya tunjuk semua itu sekadar untuk ‘content’? Semua pelakuan itu bukan dibuat-buat, itu keadaan sebenar yang dilalui anak istimewa ini dan ibu bapa mereka,” katanya.

“Dia nmpk serius, jgn buat dia kecewa”

“Alamak jgn buat gurauan benda mcm ni”

“Semoga Allah swt temukan Azal dengan jodoh yg hatinya ada keikhlasan”

Air mata ibu kepada empat cahaya mata itu nyata tidak dapat ditahan mengenangkan tohmahan yang berterusan dilemparkan terhadapnya dan anak-anak.

Luahnya lagi, dia akan padam dan sekat akaun individu andai menerima komen melampau atau sengaja mahu mencetuskan pergaduhan dalam kalangan pengikutnya.

“Akk punya caption pun mengundang kak”

“pandai Azal berlakon haritu, hampir tertipu semua yg tengok 👏🏻👏🏻👏🏻”

error: Haipp!!!