Thu. Sep 29th, 2022

Bahagian Bumbung Mercedes-AMG Tersagat Ketika Lalui Laluan Rendah, Ini Cadangan Dari Netizen

TERBARU, tular satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu kereta towing memandu di bawah jambatan telah mengundang kerisauan netizen apabila muatan di atasnya, sebuah Mercedes-AMG GLC 43 telah tersangkut di bawah jambatan berketinggian 2.1 meter.

Ketika kereta towing itu tersangkut, pemandu telah turun dari kenderaan dan melihat situasi dari belakang keretanya. Kemudian dia masuk semula ke dalam kereta dan mengundurkan kenderaan.

“Omg! No no no”

“2.1m clearance jerrr 🤦”

Dalam pada itu, ada seorang pengguna Instagram menyatakan laluan tersebut bukanlah satu ‘jalan’, sebaliknya pihak KTMB memberi kebenaran kepada orang awam menggunakan laluan tersebut untuk dijadikan ‘jalan’ bagi memudahkan urusan penduduk setempat keluar masuk kawasan berkenaan.

Tindakan pemandu itu membuat penonton video berasa ‘ngilu’ apabila melihat bahagian bumbung kereta SUV Mercedes-AMG yang berharga lebih RM400,000 itu dipercayai bergesel sehingga bersagat dengan permukaan bawah jambatan tersebut.

Ada pula sebahagian netizen melontarkan cadangan bernas supaya mengempiskan angin tayar kereta towing dan Mercedes-AMG itu bagi memudahkan urusan mengundur kenderaan dan dapat mengelakkan kereta SUV itu bergesel sehingga bersagat.

“Suruh driver tu bayar kos repair padan muka..”

 

Menerusi satu ciapan Twitter, pada awal bulan ini ada sebuah lori turut menjadi ‘mangsa’ di bawah jambatan itu apabila kontena di belakang lori terbabit tersangkut tidak lepas untuk keluar sepenuhnya.

 

error: Haipp!!!