Thu. Sep 29th, 2022

Berseluar Pendek, Fizo Omar Sekali Lagi Ditegur Pedas Netizen

Penampilan pelakon dan usahawan selebriti, Fizo Omar sekali lagi mencuri tumpuan ketika menikmati percutian bersama keluarga di Legoland Malaysia Resort baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat merakam gambar bersama isteri Fazeera Nazri Azrai dan anak perempuannya, Wan Maryam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Gambar tersebut memaparkan Fizo dipercayai mengenakan pakaian mandi iaitu t-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek serba hitam.

Bagaimanapun, segelintir netizen bertindak menegur pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana memakai seluar pendek sehingga menampakkan bahagian lututnya.

Menurut netizen, pelakon berkenaan sepatutnya menjaga batasan aurat sebagai lelaki Muslim apatah lagi sudah bergelar ‘haji’ selepas menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2019.

Aurat lelaki kena lepas lutut

Kan dah pergi haji?

Tolong tutup aurat dengan baik

Sebelum ini, sekitar awal tahun ini, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar pernah ditegur pengikutnya kerana berseluar pendek di lokasi yang sama.

Untuk makluman, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah menarik yang disediakan di bawah ini seperti berikut:

error: Haipp!!!