Tue. Oct 4th, 2022

Aafiyah Perform Konsert Piano Pertamanya, Tokti Titip Ucapan Penghargaan Buat Gurunya

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan perasaan gementarnya apabila melihat anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid membuat persembahan di konsert piano pertama yang disertai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Siti atau lebih mesra disapa Tokti di laman Instagramnya, dia mengakui tidak dapat menahan perasaannya yang bercampur baur memandangkan anak kesayangannya itu baru sahaja berusia empat tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ujarnya lagi, dia bimbang akan keadaan Aaafiyah yang berkemungkinan akan mengalami serangan panik ketika melakukan persembahan pertamanya.

Namun begitu, tanggapannya itu meleset kerana Aafiyah telah berjaya membuat persembahan dengan baik dan ia adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya. Ibu bila cikgu @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang berdebar sebab Aafiyah paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panik (ibu je over thinking sebenarnya).

“Bila makin dekat ibu lagi berdebar bercampur teruja. Hari ini ibu rasa sebak mula-mula tengok Aafiyah perform. Ayah pun bangga bila tengok anak dara dia perform sambil lentik-lentik jari tu (Ada gaya kata Ayah),” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang berusia 43 tahun itu berharap agar Aafiyah dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada persembahan tersebut dan dapat menimba segala ilmu dengan sebaik mungkin.

Malah, Tokti turut menitipkan ucapan penghargaan buat guru yang sentiasa sabar dalam mendidik anaknya di sekolah untuk menjadi seorang insan yang berjaya, kelak.

“Tahniah budak bijak!!!”

“ke mana pulak kuah nya tumpah”

“Lentiknya jari jemari Aafiyahhh 😘”

Disyorkan

Beli disini: Piano Digital Electronic (RM89.90)

error: Haipp!!!