Wed. Oct 5th, 2022

Baitulmal MAIWP Terima Aduan Orang Awam Sebuah Keluarga Dikatakan Memerlukan Bantuan Zakat, Apa Yang Mengejutkan Skuad Mereka Mendapati Keluarga Itu…

Baru-baru ini, Baitulmal Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) memaklumkan pihak mereka telah menerima aduan daripada orang awam awam dimana terdapat sebuah keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan zakat.

Bertindak pantas susulan aduan yang diterimanya, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Baitulmal MAIWP di laman Facebook, Skuad Jejak Asnaf telah bergegas ke lokasi untuk menjejaki rumah keluarga berkenaan bagi melihat sendiri keadaan mereka.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan Skuad Jejak Asnaf, mereka mendapati keluarga yang dikatakan memerlukan bantuan tersebut tinggal di sebuah kondominium mewah dan perkara tersebut adalah sesuatu di luar jangkaan mereka.

Jelas mereka lagi, memandangkan nilai hartanah di tempat tersebut, sepatutnya keluarga itu tidak layak untuk menjadi penerima zakat kerana langsung tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, keluarga tersebut memberi alasan tinggal di kawasan mewah tersebut adalah untuk keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah.

Malah, hasil soal siasat mendapati, keluarga itu juga mampu membayar sewa kondominium secara bulanan dan bukan tinggal di sana secara percuma ataupun belas ihsan daripada individu lain.

Susulan kejadian itu, pihak MAIWP menasihati supaya golongan di luar sana yang terkesan atau mengalami kesempitan hidup perlu menurunkan gaya serta cara hidup yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi yang terkini.

T20 di media sosial, B40 di pejabat zakat

 Kena tahu ukur baju di badan sendiri.

Sila perhatikan jiran jiran atau Asnaf yang berkeliaran

Sebenarnya ramai juga yang tak layak

Ambil iktibar, jagalah ‘cash flow’

Punca proses permohonan orang yang betul2 susah jadi makin ketat…

error: Haipp!!!