Thu. Sep 29th, 2022

Pekin Ibrahim Tak Sangka Isteri Lahirkan Cahaya Mata Sulung Lebih Awal, Ini Luahan Terhadap Isterinya

PELAKON, Pekin Ibrahim tidak menyangka isterinya yang juga aktres, Mona Allen melahirkan cahaya mata sulung mereka lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

Memetik laporan Getaran, dia bagaimanapun gembira dapat menimbang bayi lelaki itu yang kebetulan jatuh pada Hari Kemerdekaan ke-65.

“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.

“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi sekitar jam 9.00 (30 Ogos), saya terpaksa hantar dia ke hospital.

“Kemudian doktor kata dah sampai masanya padahal sebelum tu, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan bersalin.

“Mungkin tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Dalam masa sama, dia juga meluahkan rasa kasihan terhadap isterinya yang menanggung kesakitan sepanjang proses melahirkan bayi bernama Petra Pekin itu.

“Saya berada bersama sepanjang proses itu, dari awal keluar. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga.

“Bila melihat keadaan Mona melahirkan anak, saya rasa macam tidak apalah. Kalau anak seorang pun syukurlah. Sebab saya kasihan melihat keadaan dirinya itu,” ujarnya.

Untuk rekod, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Barang Yang Disyorkan

Beli disini: MK Folding Baby Bed (RM289)

error: Haipp!!!