Thu. Sep 29th, 2022

Selepas Dituduh Tak Pandang ‘Gift’ Kecil Kini Dituduh Pula Makin Sombong Semenjak Popular, Ryan Bakery Respon Dengan Tenang

TERDAHULU selebriti TikToker dituduh tidak pandang pada pemberian kecil yang diberikan oleh peminat ketika sesi siaran langsung di laman akaun TikTok Ryan Bakery.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Kejayaan demi kejayaan yang diciptanya hasil daripada konten kreatif yang membuatkan ramai pihak terhibur sehinggakan dia disegani serta dikagumi netizen.

Bagaimanapun, disebalik pencapaiannya, Ryan mendedahkan ada pihak yang sanggup melemparkan pelbagai tuduhan kepada dirinya semenjak beliau dikenali dan popular sebagai penghibur di media sosial.

Katanya, dia mengakui agak tersinggung apabila membaca segala tuduhan negatif yang diberikan oleh segelintir netizen di laman sosialnya.

“Apabila ada yang mengatakan saya sombong, ada juga rasa tersinggung tetapi saya terbuka dan terima kerana setiap daripada kita mempunyai pandangan tersendiri.

“Lagipun sebagai manusia biasa, mustahil untuk kita puaskan hati semua orang. Saya terima sahaja apa pandangan mereka,” katanya.

Jelas influencer yang berusia 27 tahun itu, populariti yang diraihnya pada ketika ini tidak membuatkan dia lupa asal usulnya dan ia tidak akan mengubah perwatakannya.

Tegas Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, tiada sebab untuk dia bertukar menjadi sombong kepada netizen terutama peminatnya memandangkan mereka adalah penyokong serta tulang belakangnya selama ini.

“Saya faham mereka hanya melihat apa disajikan di media sosial tetapi tidak mengenali saya secara peribadi. Melihat dan menilai itu mungkin hanya berdasarkan bahasa tubuh atau reaksi wajah.

“Sekiranya ada yang ingin tahu boleh sahaja datang menegur saya. Saya ini orangnya ‘masuk air’ dan ‘gila-gila’. Tiada sebab saya hendak bersikap sombong kerana pengikut di media sosial yang banyak memberi sokongan kepada saya. Tanpa mereka saya bukanlah siapa-siapa,” jelasnya.

Untuk makluman, Ryan Bakery terkenal dengan penghasilan konten-konten kreatif dan nostalgik di media sosial. Malah, dengan 2.9 juta pengikutnya di TikTok, populariti influencer itu tidak dapat dinafikan lagi oleh umum.

Kalau dulu boleh cakap apa saja, kini kena hati hati

“Takkan 24 jam nak layan koma Jee. 😒😒😒

Ramai sangat yang ada phd…

Sumber: mStar (Nurul Fadila Awaludin), TikTok @arifuddinkasim

error: Haipp!!!