Tue. Oct 4th, 2022

Misteri Pesawat Malaysia Airlines MH370 Kembali Menjadi Bualan Hangat Selepas Satu Pertemuan Disyaki Berkaitan Mangsa

TERKINI, kisah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 kembali menjadi bualan hangat warganet selepas satu video yang tular telah memaparkan beberapa wajah terkini yang didakwa adalah sebahagian penumpang pesawat berkenaan.

Turut tersebar adalah gambar yang mendakwa ia merupakan Andrew Nari, iaitu Ketua Pramugara kepada pesawat itu. Perkara berkenaan yang tersebar kemudian turut mendapat perhatian anak mangsa, Maira Elizabeth Nari.

Maira melalui satu hantaran Instastory menegaskan individu di dalam gambar tular itu bukan ayahnya. Dia memuat naik hantaran itu setelah menerima beberapa kiriman yang dibuat melalui Instagram (DM) bertanyakan perkara tersebut.

”Hello, hari ini saya mendapat tahu bahawa orang di dalam gambar ini dikatakan adalah ayah saya atau mirip ayah saya.

“Saya ingin menjelaskan dia bukan bapa saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghubungi saya melalui “direct message” (DM) dan ingin memohon maaf kerana saya tidak dapat membalas satu-satu mesej.

”Namun saya menghargainya dan amat berterima kasih atas ingatan kalian,” katanya dalam hantaran ‘instastory’ tersebut.

Terdahulu kisah kehilangan pesawat MH370 pada 2014 secara misteri telah menggemparkan seluruh dunia. Misi mencari dan menyelamat yang dilancarkan kemudian menemui jalan buntu dan apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat tersebut kekal misteri sehingga ke hari ini.

Setuju tentang teori Diego Garcia berbanding teori2 lain

Kenapa sekarang baru timbul cerita ni

Boleh jadi ke?

error: Haipp!!!