Wed. Oct 5th, 2022

Satu Malaysia Kena Klepet! YouTuber Ini Ulas Cerita Pekerja Penapis Air Menipu Dir0gol?

SEBELUM ini, kecoh di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa r0gol ketika melakukan servis bagi produk penapis udara di rumah pelanggan.

Difahamkan, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat pemasaran dan pemasangan penapis air itu mendedahkan perkara tersebut menerusi aplikasi TikTok.

Terbaru, seorang YouTuber menggunakan nama Donivia Channel tampil mengulas cerita dengan mendakwa kenyataan dikeluarkan mangsa adalah tipu semata-mata.

Menerusi video di saluran YouTube miliknya, Donivia berkata, dia mengulas berdasarkan laporan dan siasatan pihak polis selepas mangsa serta tertuduh diambil keterangan.

Menurut Donivia, tertuduh telah dibebaskan polis manakala mangsa dikatakan sudah memadam video pendedahan sekali gus mendakwa kes itu adalah ‘suka sama suka’.

Selain itu, Donivia turut mempersoalkan tindakan wanita itu yang sepatutnya sedikit sebanyak menunjukkan sisi trauma tetapi sebaliknya di media sosial.

“Mangsa buat live di balai polis, tertuduh pun buat laporan juga. Kat sini aku perasan, wanita ni ada buat beberapa content. Yang aku pelik, nampak hidup wanita tu happy tanpa berduka.

“Bukan nak suruh menangis setiap masa, tapi kalau betul trauma.. takkan kau ada masa nak main media sosial.

Bagaimanapun, dia tidak memihak sebarang individu tetapi masih hairan mengapa wanita terbabit bertindak demikian seolah-olah membuka aib sendiri.

“Kau buka aib sendiri dan orang lain. Keruhkan lagi keadaan sebab kau burukkan orang tu di media sosial. Kat situ pun boleh tambah satu lagi kesalahan yang boleh buat kau kena saman,” ujarnya.

Tonton ulasan penuh:

1 Malaya dah tahu cerita sebenar

Nampak ada sesuatu tak kena

Kasihan dengan orang yang betul-betul jadi mangsa

Mungkin lelaki tu yang mengg0da perempuan tu

Suka sama suka sekalipun…

error: Haipp!!!