Thu. Sep 29th, 2022

Tindakan Luar Biasa Seorang Penunggang Motosikal Berjaya Membuatkan Netizen Tersentuh Hati Apabila Menontonnya

TIDAK ada guna sekiranya mempunyai ilmu tinggi, tapi adab dan hubungan sesama manusia tidak dijaga dengan baik. Malah perlu juga ada ‘common sense’, lagi-lagi jika hidup bermasyarakat.

Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan tindakan luar biasa seorang penunggang motosikal yang berjaya membuatkan netizen tersentuh hati apabila menontonnya.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan bunyi bising daripada ekzos, sekali gus individu-individu berkenaan dapat memberi sepenuh tumpuan kepada doa dipohon mereka.

Selepas berada jauh sedikit, rider terbabit kembali menunggang motosikalnya dan mula beredar dari situ.

Menjengah di ruangan komen, ramai termasuk netizen Malaysia memberi pujian terhadap perbuatan lelaki berkenaan yang beradab serta menghormati situasi orang sedang berdoa.

Ibu bapa dia sangat bagus!

Motor, stail, perangai semua hebat

 

Respek! Tak ganggu orang baca doa

Sikap macam mana pun, jangan lupa hormat orang

Video dikongsi di akaun @me.2023 itu memperlihatkan rider tersebut menolak motosikalnya ketika melalui sekumpulan individu yang dilihat sedang menadah tangan membaca doa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Jika diperhatikan dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan juga seorang lelaki berkopiah sedang memegang mikrofon yang mengetuai bacaan doa tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan majlis apa sedang berlangsung selain lokasi juga tidak dinyatakan yang berkemungkinan berlaku di negara seberang.

Sumber: TikTok @me.2023

error: Haipp!!!