Sat. Nov 26th, 2022

Zul Huzaimy ‘Sekolahkan’ Haqiem Stopa Sampai Hampir Menangis Atas Pentas, Ini Kata-kata Padu Daripada Spark Yang Bakal Buat Stopa Ingat Sampai Bila-bila

INFLUENCER TikTok, Haqiem Stopa mula menjadi tumpuan selepas dirinya dikaitkan dengan ikon permotoran anak muda.

TikToker yang pernah menerima julukan Ikon Permotoran ini sering dilihat di event berkenaan motosikal dan mendapat perhatian umum.

Selepas itu, pemuda berusia 22 tahun ini dipanggil pula ke sekolah untuk memberi motivasi kepada pelajar berkenaan ‘peluang kedua’.

Ramai yang memberi pendapat pemuda ini langsung tidak layak kerana dia sebenarnya hanyalah mat rempit. Malah, dia mula menerima ejekan apabila muncul di mana-mana acara motor.

Kali ini, Haqiem Stopa kembali mencuri tumpuan netizen apabila videonya bersama pelakon terkenal, Zul Huzaimy tular di aplikasi TikTok milik Nadia gurlgurlzboboy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netizen Malaya (@netizen_malaya)

Namun apa yang menjadi perbualan netizen adalah tindakan selebriti itu yang memberikan nasihat kepada Haqiem di atas pentas dalam program Santai Anak Utara.

Dalam nasihat yang diseliti sedikit gurauan, Zul atau mesra disapa Spark telah mengatakan dia penat-penat membersihkan nama anak-anak motor menjadi lebih positif tapi kehadiran TikToker itu seakan mencelanya.

Gurauan itu dibalas semula oleh Haqiem dengan berseloroh mengatakan jika bukan dia, siapa lagi yang boleh memberikan pengaruh kepada anak muda di laman sosial terutamanya di TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)

Katanya, meskipun begitu Haqiem juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Pelakon tersohor ini turut memberi jaminan Haqiem akan disayangi ramai jika terus berbuat baik. Malah, dia menyokong pemuda ini teruskan perjuangan dalam dua roda.

Walau bagaimanapun, apa yang diperkatakan oleh pengarah tersohor itu ada benarnya dan dia memberikan nasihat supaya Haqiem lebih maju jaya serta orang ramai tidak memandang serong kepada usaha pemuda tersebut.

Kena hentam depan2 pun boleh rileks

Menjengah ke ruangan TikTok netizen, ramai yang meninggalkan komen berkenaan reaksi Haqiem Stopa yang sedikit ‘kelat’ di atas pentas. Kebanyakan mereka berasa kasihan melihat Haqiem Stopa tak sudah-sudah ‘dibahan’.

Namun begitu, rata-rata peminat kedua-dua selebriti berkenaan tetap menyokong mereka dan merasakan apa yang dinyatakan wajar serta sesuai dengan konteks ‘anak motor’ ketika ini.

Kesian, semua event dia kena bahan

Muka Stopa tahan nangis

Positif je terima teguran

Respect juga buat bro Zul

 

error: Haipp!!!