Mon. Dec 5th, 2022

Makan Beramai-Ramai Di Atas Lantai Lapangan Terbang, Netizen Berasa Tindakan Keluarga Itu ‘Picnic’ Di Kawasan Tersebut Sangat Tidak Sesuai

Siap angkut periuk nasi, tindakan keluarga berkelah di ‘airport’ dikecam netizen

 

Makan ramai2 dekat lantai

Pelbagai juadah yang sudah diletakkan di dalam bekas besar dan periuk nasi dibawa bersama dan mereka makan bersila di atas lantai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ramai rasa lebih baik cari tempat lain

Pengguna Twitter dikenali sebagai @arfdy12 juga meminta orang ramai menekan undian yang sudah dibuat dan kebanyakannya meminta orang awam mencari tempat yang lebih sesuai jika ingin menjamu selera.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa tindakan keluarga itu makan di kawasan tersebut sangat tidak sesuai kerana ia merupakan kawasan lalu lalang orang ramai.

Faktor kebersihan lebih utama

Ada juga merasa tindakan berkenaan sesuatu yang agak memalukan kerana banyak lagi tempat boleh mereka duduk untuk makan namun memilih di kawasan orang ramai seperti itu.

Kan ada foodcourt dekat bawah tu

Ingat makan dekat kampung ke?

Siap periuk lagi tu

Selagi ada ruang buat pejalan kaki boleh je rasanya

Namun begitu, ada juga merasakan ia tidak menjadi masalah kerana selagi mempunyai ruang dan membersihkan kawasan tempat mereka makan ia bukanlah suatu kesalahan yang besar.

Ada yang rasa benda ni tak pelik pun

Mungkin dah lapar sangat

Tegur baik2 boleh kot

Green area kot

Walau bagaimanapun, menerusi ciapan yang dibuat pengguna Twitter yang menularkan video terbabit, ada dakwaan mengatakan bahawa tempat keluarga tersebut makan adalah ‘green area’ namun ia tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

error: Haipp!!!